Melabur Menggunakan Akaun KWSP Anda
KWSP sudah isytihar dividen, tulisan dari FB Pn Aznah Arshad ini menerangkan tentang pelaburan yang boleh dibuat menggunakan KWSP anda.
KWSP
Minggu lepas pengisytiharan dividen KWSP. Boleh rujuk gambar untuk tahu kadar dividen 2018.
KWSP adalah satu instrumen untuk pelan persaraan. Pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam adalah pencarum wajib. 11% dari gaji mereka akan ditolak untuk caruman KWSP.
Namun bagi golongan majikan dan bekerja sendiri mereka ada banyak alternatif. Golongan ini “cash rich” kerana wang masuk setiap hari. Kelemahan tunai yang banyak, jika tidak diurus, duit boleh bocor dan tercicir.
Mereka boleh mencarum KWSP untuk dapatkan pelepasan cukai. Mereka boleh membeli emas dan pajakkan jika perlukan modal. Mereka boleh masukkan hasil jualan di ASB/Tabung Haji/AHB untuk dapatkan dividen tahunan atau ASBF untuk “leverage”. Ada juga kumpul modal dan beli hartanah.
Mereka juga boleh melanggan unit amanah untuk pelbagai kegunaan: money market (dividen bulanan yang tidak dikenakan dicukai), income fund (untuk dividen),ekuiti (untuk dividen dan “capital growth”), reit (alternatif untuk pelaburan hartanah) dan banyak lagi.
Instrumen untuk dana persaraan banyak, yang penting tahu kegunaan, keperluan dan mesti patuh syariah.
Sahabat FB yang mencarum KWSP dah labur unit amanah melalui Akaun 1?
Aznah Arshad
INFAQ Consultancy JDT
#agenunitamanahJDT
#AznahArshad
#yourfinancialbuddy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran