fbpx

Memahami perbelanjaan kereta: Formula 12 bulan pendapatan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 259Words
  • 463Views

1. By right, fungsi kereta adalah untuk memenuhi keperluan manusia bergerak dari titik A ke titik B, tidak lebih daripada itu.

2. Jika lebih daripada itu, ia adalah kemahuan dan bukan lagi keperluan..

3. Apabila kita merancang untuk membeli kereta, akan ada kos lain untuk mem”bela”nya seperti petrol, parking, tol, servis, maintenance, takaful, roadtax dan seumpamanya.

4. Sebaik sahaja kita membeli kereta baru, secara automatik ia akan jadi kereta second hand dan susut nilai harganya 10%.

5. Justeru, formula paling ampuh dalam membeli kereta adalah pastikan harga kereta tidak melebihi 12 bulan pendapatan.

6. Formula ini untuk memudahkan pengguna merancang kewangan mereka untuk membeli kereta, tidak kira yang baru atau terpakai.

7. Beli kereta tak salah, tapi ramai beli kereta yang salah. Jika nak beli kereta mahal, mahalkan dahulu gaji.

8. Tahniah kepada adik pemilik Twitter yang mempergunakan dan menunggang kereta sebaiknya.

9. Harga kereta baru Bezza sekitar 35k, jadi dengan pendapatan isu rumah 3k sudah boleh membeli kereta ini dengan formula 12 bulan pendapatan dengan andaian gaji suami dan isteri ialah masing-masing 1,500 seorang.

10. Jika guna formula bank, gaji isi rumah pun layak beli kereta Bangsa H tapi hakikatnya layak bukan bermaksud mampu. Ramai yang pernah layak berhutang tapi akhirnya jatuh muflis.

11. Barang diingat, makin mahal kereta yang kita beli, makin tinggi ansuran. Apabila makin tinggal ansuran, maka banyak kurang wang lebihan gaji kita setiap bulan.

12. Atas dasar itulah formula 12 bulan pendapatan untuk harga kereta dikeluarkan, untuk membantu pengguna membeli kereta.

13. Formula ini tidak perlukan IQ yang genius, jadi pakar ekonomi, ada sijil financial planner atau pun jadi menteri untuk memikirkan logiknya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended