Memindahkan Wang Dari Tabung Haji ke ASB
Jika berkira-kira untuk memindahkan wang dari Tabung Haji ke ASB, boleh buat perbandingan.
Hibah TH 1.25%, tidak perlu dizakatkan.
Manakala ASB perlu;
1. Dibersihkan (cleansing)
2. Dizakatkan (purification)
STEP 1. DIBERSIHKAN (CLEANSING)
Sekiranya dividen ASB 6.5% ia perlu diasingkan 66%* sahaja yang patuh syariah dan tinggal lagi 4.29%
34% yang tidak patuh syariah, perlu disalurkan ke tabung tidak patuh syariah.
*66% itu perlu rujuk peratusan terkini laporan kewangan yang dikeluarkan oleh PNB. Dimaklumkan yang terkini ialah 69%.
Selepas STEP 1: Dividen boleh guna / patuh syariah ialah 4.29%
STEP 2. DIZAKATKAN (PURIFICATION)
Baki 4.29% itu dizakatkan perlu 2.5%, dividen bersih ialah 4.18275%
Dan duit pokok / modal pun perlu dizakatkan.
Ini berdasarkan info dari website Lembaga Zakat Selangor.
Selepas STEP 2: Dividen bersih ialah 4.18275%
Kalau ada kesilapan pada kiraan saya di atas, boleh tolong betulkan.
** Kaedah di atas terpakai untuk Selangor. Negeri-negeri lain perlu rujuk Majlis Agama / Pusat Zakat Negeri masing-masing.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran