fbpx

Memori haji 1438: Pengalaman di Mina

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 186Words
  • 196Views

#MemoriHaji1438

Saya menjejak kaki di bumi Mina dalam keadaan yang sangat longlai selepas berpanas terik di Arafah beberapa hari.

Di Mina, situasi panasnya lebih kurang di Arafah. Lebih mencabar, perlu berjalan kaki untuk ke jamrah bagi menunaikan ibadah melontar beberapa kali sebelum bercukur bertahallul.

Berjalan beberapa kilometer bersama-sama para jemaah seluruh dunia melalaui terowong di Mina sebelum sampai ke tempat melontar, sungguh memenatkan.

Beberapa hari itu, ada masa yang kami bergerak pada waktu tengah hari panas terik, ada waktu kami bergerak ketika dinihari. Mengikut jadual yang diaturkan oleh pihak Mu’assasah.

Ada juga jemaah yang tak ikut jadual dan akhirnya tersesat. Saya bersyukur, tidak berlaku insiden yang lebih teruk daripada demam beberapa hari di Arafah dan Mina.

Patutnya saya lebih bersyukur dan insaf kerana dapat menunaikan haji ketika usia muda, dibandingkan dengan jemaah-jemaah haji lain yang sudah berusia lanjut.

Pengalaman yang tak mampu saya padamkan dari memori.

Dari semalam, saya berkongsi pengalaman menunaikan haji 1438. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada rakan-rakan.

Maaf jika ada yang boring dengan perkongsian yang tak seberapa ini.

Abaikan gambar seksi ketika bertahallul di hujung posting 😅

#MemoriHaji1438

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
FB PERSONAL www.facebook.com/afyan.ikhlas HILANG DARI RADAR. MOHON BANTUAN SEMUA UNTUK…