fbpx

Mencium Hajarul-aswad

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 154Words
  • 530Views

Ketika berada di Tanah Suci tahun lalu, antara perkara yang selalu ditanya oleh anak-anak setiap kali menghubungi mereka di tanah air ialah;

“Ayah dapat cium hajarul-aswad?”


Jadi saya rakamkan video ini untuk tunjukkan kepada mereka situasi sebenar di penjuru Kaabah ini. Ia bukan sebagaimana yang mereka biasa tengok di buku-buku yakni lengang dan boleh dicium dengan mudah.

Saya sempat sekali sahaja menciumnya. Itupun terpaksa bersesak-sesak dan selepas itu hanya saksikan dari jauh sahaja.


Mencium hajar aswad hukumnya sunat. Bertolak-tolak sehingga menyusahkan orang lain pula, mungkin boleh jatuh hukum haram jika sampai memudaratkan orang lain.

Buat rakan-rakan di sana, hati-hati jika ada orang menawarkan untuk membantu anda mencium hajar aswad, ia mungkin sindiket.

Ia selalunya dijalankan berkumpulan, akan menghadang jemaah lain dan membuat laluan untuk anda sehingga dapat menciumnya.

Dan ingat, ia bukan percuma. Mereka akan ikut anda hingga ke bilik hotel selagi tak terima bayaran yang dikehendaki.

#MemoriHaji1438

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di sekolah anak. Balqis beritahu; “Ayah, tadi ada kawan kakak…