Mengapa ejen takaful perlu lebih empati, bukan menyindir
Selalunya saya akan kaburkan nama, tapi kali ini tidak.
Saya tegur sikap segelintir ejen yang tidak meletakkan diri dalam kasut pelanggan yang sedang bersedih dan tertekan apabila GL mereka ditolak.
Lebih haru, masa admit GL diluluskan dan masa nak keluar GL ditolak.
Saya tegur secara umum tanpa nyatakan siapa orangnya dan kompeni mana. Tindakan individu tidak mencerminkan sikap syarikat.
Biasanya saya akan kaburkan nama individu terlibat kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.
Antara yang saya tegur ialah apabila memberi komentar yang tidak membatu di posting pelanggan yang mengadu, contohnya tunjuk claim critical illness 2 juta.
Ia tidak relevan langsung dan tidak membantu empunya posting.
Bagus untuk kongsikan claim 2 juta itu, tapi bukan untuk diletakkan dalam posting pelanggan berkenaan.
Boleh sahaja tulis di FB sendiri.
Saya yakin pasti ada sebab tertentu GL decline, justeru berilah komentar yang membina, bukan menyindir.
Tapi yang berlaku ialah komen menyindir dan merendah-rendahkan pelanggan yang dinafikan GL mereka.
Bukan sekadar itu, komen itu berkali-kali ditulis dan ramai yang lain sudah tegur.
Tindakan tersebut memberi imej negatif di mata masyaraka terhadap ejen takaful.
Kita tak perlu defensif sangat apabila ada isu viral berkaitan kompeni takaful yang kita wakili. Tunjukkan kita ejen yang matang dan hulurkan rasa empati terhadap pelanggan.
Masyarakat akan melihat sikap kita dan menilai. Jika posting berkenaan ada salah dan silap, boleh tegur secara baik tanpa aibkan sesiapa. Paling mudah, buat posting di FB sendiri untuk betulkan jika ada yang tak betul.
Merendah-rendahkan posting pelanggan tidak menjadikan situasi lebih baik. Lebih teruk dan memalukan jika kita yang tersalah fakta dalam membuat penilaian terhadap kes tersebut.
Antara komen lain yang agak memalukan imej ejen dalam posting tersebut, ada yang persoalkan perkahwinan pelanggan dengan pasangannya yang dimasukkan wad. Siap minta gambar kahwin!
Saya tampil memberi teguran, dan Alhamdulillah ramai juga ejen takaful yang sokong teguran ini.
Tapi ada juga segelintir yang tersinggung dengan teguran ini, siap tag dan mengejek nama ayah saya. Perangai macam budak-budak. Nak tergelak pun ada.
Jika beginilah sikap ejen takaful, jangan hairan jika masyarakat makin meluat dengan sikap ejen takaful.
Kita sendiri yang meletak pasir di dalam periuk nasi kita.
Sambungan di artikel bawah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran