fbpx

Mengapa gaji selalu tidak cukup dan bagaimana meningkatkan kewangan dengan tambah ilmu kewangan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 318Views

Terbaca sebuah tweet:

“Kenapa gaji kita selalu tak cukup?

Sebabnya, bila income kita naik. Kita naikkan sekali lifestyle kita.

Income naik, lifestyle pun naik. Kdg, tak perlu pun ikut apa orang ada. Kita perlu ada kekuatan untuk menahan kepuasan yg sementara ni.”

Saya selalu pesan: Untuk meningkatkan ekonomi dan kewangan bukan mulakan dengan tambah pendapatan tapi dengan tambah ilmu dahulu.

Jika tambah pendapatan tapi tak tambah ilmu kewangan, maka masalah kewangan yang ada ketika gaji sedikit, tetap akan ada walaupun gaji dah banyak.

Ketika gaji sikit, susah nak menyimpan. Nanti kalau gaji dah makin besar pun susah juga nak menyimpan.

Akhirnya, terperangkap dalam “rat race”, waluapun gaji dah makin besar, rumah dah makin besar, kereta dah makin besar – tetap mempunyai mindset dan ilmu kewangan yang sama ketika gaji kecil.

Inilah dipanggil middle class trap atau rat race. Kita tetap berada di takuk yang sama walaupun gaji semakin besar.

Jadi, step yang sepatutnya untuk perbaiki kewangan ialah

1. Letakkan target/ matlamat yang jelas.

2. Tambah ilmu kewangan untuk mengubah mindset kewangan

3. Buat plan tindakan menggunakan ilmu yang diperoleh dalam langkah kedua utk capai matlamat yang diletakkan dalam langkah pertama

4. Tambah pendapatan

5. Kawal perbelanjaan

6. Apabila berjaya lakukan step 4 dan 5, maka kita akan ada lebihan untuk buat simpanan dan pelaburan.

7. Kukuhkan pertahanan kewangan melalaui zakat, sedekah, cukai, takaful dan perancangan pusaka.

Perasan tak, ramai yang skip langkah 2 dan 3, iaitu terus ke langkah ke-4 untuk tambah pendapatan. Apabila ia berlaku, maka tidak berlaku langkah-langkah seterusnya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semua terduduk hari ini, melayan wassap daripada prospek. Selepas hampir…