fbpx

Menjawab argumen “zaman nabi tak ada islamic bank dan islamic financing”

  • 11 months ago
  • 4Minutes
  • 724Words
  • 456Views

ZAMAN NABI TAK ADA ISLAMIC BANK DAN ISLAMIC FINANCING

Ada satu komen berbunyi:

Q: Pada pandangan saya ia adalah perbezaan pandangan.. sebab itu pada masa ini wujud ASWJ, Salafi dan pelbagai perbezaan yang menghasilkan perbezaan dari segi hukum. Ada juga pertikaian yang sangat berbeza sehingga menyebabkan perbalahan yang yang tidak selesai..

Ada pandangan yang menyatakan apa yang ada pada zaman nabi adalah yang terbaik.. menyebabkan timbul pertanyaan sekiranya kaedah pembiayaan islamic ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan pembiayaan islamic..

memberi pinjaman tidak sepatutnya dijadikan perniagaan.. tetapi sebagai amal untuk akhirat.. supaya orang miskin tidak akan berbelanja diluar kemampuan sehingga terjerat dengan hutang.. dan orang kaya pula tidak mengambil kesempatan…

Nah ini jawapannya, oleh Tn Radzie Ieskandaar

A: Nabi pun faham, urusan dunia sentiasa ada kemajuan. Urusan ibadah memang tak pernah berubah. Macam mana Nabi solat, macam tu la semua umatnya solat, walaupun dah lebih 1400 tahun.

Dalam fiqh muamalah, asal hukum sesuatu itu harus, kecuali ada dalil mengharamkan.

Imam al-Suyuthi menyebut:

Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).

(Rujuk Al-Asybaah wal-Nazhair, Al-Suyuthi)

Apa yang Nabi tak buat, hukumnya harus selagi tiada dalil mengharamkan.

Nabi pakai jubah, kita boleh pakai baju & seluar, yang penting tutup aurat.

Nabi naik unta, kita boleh naik kereta & kapalterbang, yang penting perjalanan yang diredhai Allah.

Dalam fiqh muamalah, tak diwajibkan ikut Nabi pakai jubah, unta, kuda.

Kalau muamalah wajib ikut Nabi, maka tak bolehla kita guna facebook, handphone, kereta, kapalterbang, bank dan wang ringgit.

Q: Ini pun satu perbezaan pandangan.. ada pandangan semua urusan adalah ibadah.. oleh itu salafi selalu menyalahkan ASWJ berkaitan ibadah juga menyebabkan perbalahan yang tidak selesai.. kerana asas pandangan yang berbeza..

Ada ulamak yang berpandangan sekiranya ada pilihan memiliki unta atau kereta pasti dia akan memilih unta.. kerana dekat dengan kehidupan nabi SAW..

Pada pandangan saya Kenderaan zaman Nabi SAW seperti kuda dan unta adalah lebih baik berbanding kenderaan zaman ini kerana pemiliknya bukan sahaja dapat menaiki kenderaan namun kenderaan zaman nabi SAW ini juga boleh beranak pinak.. malah boleh bergerak sendiri.. menunggang kuda juga adalah baik untuk kesihatan.. kerana ia adalah kenderaan yang dicipta oleh Allah SWT..

A: Ianya satu pilihan, dan tak boleh kata “sekiranya pembiayaan Islamic ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan pembiayaan Islamic..”

Macam² variasi kita boleh dapat dari ayat ni.

1. sekiranya FACEBOOK ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan FACEBOOK..

2. sekiranya HANDPHONE ini betul mengala tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan PENGGUNAAN HANDPHONE..

3. sekiranya KERETA ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan BERKERETA..

4. sekiranya MOTOSIKAL ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan BERMOTOSIKAL..

5. sekiranya SELUAR JEANS ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan BERSELUAR JEANS..

6. sekiranya CERMIN MATA ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya.. tak ada satu hadis pun yang menunjukkan sahabat mengamalkan BERCERMIN MATA..

Cuba perhatikan balik ayat tu “sekiranya pembiayaan Islamic ini betul mengapa tidak ada sahabat yang mengamalkannya”

Dari pemahaman saya, kenyataan ini menjurus kepada “pembiayaan Islamic ini salah/tak betul kerana tidak ada sahabat mengamalkannya”

Jika tidak ada isu salah/tak betul, maka silap pemahaman saya.

Jika memang nak bagi kesimpulan pembiayaan Islam ini salah/tak betul sebab tidak ada sahabat mengamalkannya, maka ini yang saya nak betulkan.

Benar, ada ulama tak guna facebook, tak guna handphone, tak guna kereta dan macam² lagi. Tapi mereka tak gunakan atas kapasiti mereka sahaja memberi dakwah menyatakan facebook, handphone, kereta ini semua salah/tak betul. Jadi tak boleh digunakan.

Rokok memang haram kerana tidak ada langsung kebaikan. Tak ada perkara baik yang boleh terjadi. Penggunaan rokok hanya menghasilkan perkara² haram dan merosakkan.

Jadi atas sebab itu memang diharamkan sepenuhnya sebab zat rokok itu sendiri memang tak dapat memberikan kebaikan tanpa meninggalkan sebarang keburukan.

Berbeza dengan pisau. Pisau boleh dijadikan senjata membunuh. Walaupun boleh kadi punca jenayah, Islam tak pernah haramkan pisau kerana ada banyak perkara baik yang boleh dihasilkan menggunakan pisau.

Cerita pasal penindasan, boleh jelaskan penindasan macam mana yang terjadi?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KENAPA 5 BILLIONAIRE INI PAKAI KERETA MURAH? Membaca artikel daripada…