Mesej sampai: Hibah takaful memang boleh dicabar

Beberapa tahun dahulu ejen ni tulis:
“Hanya hibah melalui plan takaful kematian shj yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak kerana ia termaktub dalam IFSA. Hibah takaful ni bebas nak hibahkan pada sesiapa, berapa banyak, dan TIDAK MELALUI proses pusaka dan faraid. Penama yg dinamakan menerima wang hibah takaful sebagai hak milik mutklaknya”
Tapi hari ini selepas viral tulisan saya bahawa hibah takaful boleh dicabar di mahkamah;

“Hibah takaful boleh dicabar? Ya semestinya boleh. Hibah amanah atau apa-apa dokumentasi instrumen pengagihan harta pun boleh dicabar kalau ada pihak yang tak puas hati. Saya sendiri pernah berhadapan dengan kes wasiat yang tak boleh dilaksanakan yg dibuat oleh syarikat amanah terkenal disebabkan ada waris yang tak setuju dengan wasiat tersebut.”
Ya, ejen takaful yang sama dan juga pengamal undang-undang katanya.
Alhamdulillah, saya bersyukur.
Mesej saya sampai tepat ke sasarannya.
1. Hibah takaful boleh dicabar
2. Ejen takaful jangan overclaim dan misleading
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran