fbpx

Apa Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Simpanan

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 229Words
  • 825Views

Simpanan

Simpanan merupakan faktor paling kritikan dalam pengurusan kewangan selepas pengurusan aliran tunai dan pengurusan aset.

Kenapa?

Ia sebagai dana kecemasan untuk menghadapi situasi yang tidak terjangka seperti kereta rosak, duit hilang, paip bocor dan lain-lain.

Berapa?

Jumlah simpanan yang perlu dilakukan ialah sebanyak 10% dari pendapatan, dengan sasaran minima 3 ke 6 bulan gaji sebelum membuat perancangan kewangan lain seperti pelaburan, pembelian rumah, perancangan haji dsb.

Contoh, gaji RM2,000 maka perlu peruntukkan RM200 sebulan untuk memulakan simpanan & kemudian letakkan sasaran RM6,000 ke RM12,000.

Mengapa 3 ke 6 bulan?

Fungsi dana simpana adalah untuk menghadapi situasi kecemasan seperti kereta rosak, duit hilang, paip bocor.

Situasi “worst case scenario” bagi kecemasan yang memerlukan kita menggunakan dana kecemasan ini ialah dibuang atau diberhentikan kerja.

Jadi, dengan adanya dana simpanan yang cukup sekurang-kurangnya kita ada masa 3 ke 6 bulan untuk mendapat kerja baru atau membuat perancangan kehidupan baru.

apa yang anda tahu tentang simpanan

Di mana nak simpan?

Simpanan perlu dilakukan di instrumen yang lanngsung mempunyai ciri berikut;

1. Tiada risiko,
2. Tiada caj,
3. Mudah cair

Bermakna, jika kita letak hari ini RM1000, esok ia masih RM1000, minggu depan masih sama, bulan depan masih sama.

Sebab kita tidak tahu bila berlaku situasi kecemasan. Jadi kita perlu ketiga-tiga ciri di atas supaya kita dapat gunakannya apabila berlaku kecemasan.

Antara instrumen yang sesuai ialah akaun simpanan, Tabung Haji atau ASB.

Emas, unit amanah, takaful – bukan tempat yang sesuai untuk membuat simpanan.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kisah yang betul-betul memberi impak kepada mind-set saya tentang bisnes…