fbpx

Modus operandi kartel hutang: Manipulasi sistem perbankan yang mengejutkan!

  • 2 days ago
  • 3Minutes
  • 401Words
  • 9Views

Apabila membaca berita tentang operasi Ops Sky oleh SPRM, saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh seorang salesman hutang peribadi kepada saya, yang membuka mata tentang modus operandi kartel yang memanipulasi sistem perbankan di Malaysia.

Selama ini, apabila terlihat iklan-iklan seperti “Personal loan untuk individu dengan masalah CCRIS, blacklist, atau muflis”, saya sangka ia hanyalah strategi pemasaran oleh koperasi, pemberi pinjaman berlesen, atau mungkin ah long.

Namun, rupanya ia bukan sekadar itu.

Mungkin ada yang memang daripada koperasi atau pemberi pinjaman berlesen, tapi rupa-rupanya yang tak ramai tahu adalah satu komplot rapi yang melibatkan kartel tertentu, salesperson bank, dan manipulasi sistem perbankan.

Berikut adalah bagaimana modus operandi ini dijalankan:

1. Kerjasama antara kartel dan salesperson bank

Kartel berpakat dengan salesperson bank, menawarkan ganjaran lumayan untuk memproses kes tertentu.

2. Mencari individu bermasalah kewangan

Salesperson akan mencari pelanggan yang menghadapi masalah CCRIS, blacklist, atau muflis dan beritahu mereka ada pihak yang sudi untuk “tolong” bersihkan nama daripada rekod hitam tersebut tanpa keluarkan sebarang kos.

Caj hanya akan dikenakanan selepas semua selesai.

Individu seperti ini biasanya terdesak dan bersedia mengambil apa sahaja jalan keluar.

3. Strategi menyelesaikan rekod kewangan individu

Langkah 1: Kartel membayar hutang individu tersebut, contohnya RM80,000, untuk “membersihkan” rekod kewangan.

Langkah 2: Selepas rekod CCRIS atau status muflis individu itu dihapuskan (biasanya minima dalam 3 ke 6 bulan), salesperson akan membantu memohon hutang baru atas nama individu tersebut.

Langkah 3: Dengan rekod yang sudah “bersih,” pinjaman baru yang jauh lebih besar, contohnya RM200,000, mudah diluluskan.

Langkah 4: Sebagai balasan, kartel akan kenakan caj selepas, contohnya 10%.

4. Hasil yang setiap pihak dapat selepas selesai semua modus operandi di atas:

– Kartel dapat balik modalnya “menolong” pelanggan yang bermasalah tadi, RM80,000 dan caj perkhidmatan RM20,000.

– Pelanggan: Bebas dari status blacklist CCRIS dan muflis, serta memiliki “duit lebih” RM100,000.

– Salesperson: Mendapat komisen dari bank dan imbuhan dari kartel.

– Komisen: Salesperson bank mendapat komisen daripada bank atas hutang yang diluluskan dan bayaran tambahan dari kartel.

Dahsyat tak? Tak terfikir langsung adanya modus operandi seumpama ini.

Dari satu sudut, nampak seperti “win-win situation.”

Namun, ini jelas manipulasi yang melibatkan kerugian sistemik kepada bank dan risiko besar kepada ekonomi negara.

Tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar etika, malah boleh membawa kepada bencana kewangan jika tidak dibendung.

Dengar khabar, sudah ada bank yang terkesan teruk kerana orang yang bermasalah tadi tetap bermasalah membuat bayaran ke atas hutang baru tadi dan akhirnya menyebabkan kadar “non-performing loan” (NPL) meningkat.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kedai runcit 99 Speedmart pun milik orang bukan Islam, lebih…