Moratorium : Pandangan Dua Bank Berbeza?
Saya bertanyakan kepada 2 bank berkenaan pembiayaan perumahan atas nama saya dan isteri.
Email kepada 2 bank
Bank 1
Satu bank memaklumkan bahawa, moratorium tidak dikenakan sebarang tambahan profit (interest).
Bank 2
Satu lagi bank memaklumkan bahawa profit (interest) terus terakru yakni diteruskan sepanjang moratorium?
Kenapa boleh berbeza?
Setakat pemerhatian saya, kemungkinan ia berdasarkan jenis financing perumahan yang dibuat. Dalam pasaran, ada pelbagai jenis pembiayaan perumahan yang disediakan oleh bank-bank.
Ada jenis fully flexi, semi flexi, dan term financing.
Dalam konteks pembiayaan perumahan saya di atas, pembiayaan yang pertama adalah jenis term financing dan yang kedua jenis semi flexi.
Pembiayaan perumahan yang pertama jenis term financing, moratorium tidak memberi sebarang kesan terhadap jumlah profit bank.
Manakala yang kedua adalah jenis semi flexi. Sepanjang moratorium, profit tetap berjalan tapi tidak kompoun.
Untuk mendapatkan penjelasan, elok Tuan-Puan rujuk kepada bank masing-masing.
Ini hanya pengalaman peribadi.
IKLAN SIKIT:
E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. 17 video + 1 ebook, dengan harga PROMOSI RM39 sahaja. eSeminarBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran