Nama saya Afyan (2)

Disebabkan nama ini jugalah, dalam ujian-ujian yang mengikut giliran, saya merupakan dari kalangan orang pertama yang terpaksa menghadapinya, seperti ujian lisan dan ujian hafazan. Malang bagi orang pertama ini ialah dia tidak dapat mendengar pengalaman daripada orang yang terdahulu, kerana dia adalah orang yang terdahulu tersebut!

Pernah ketika di tingkatan dua, guru BM saya mengadakan ujian lisan dengan cara yang agak berbeza daripada biasa. Guru tersebut meminta semua pelajar menyediakan satu teks ucapan untuk dipersembahkan di hadapan kelas, berbanding dengan cara biasa ujian lisan, setiap pelajar akan berhadapan dengan cikgu sahaja.

Dan sayalah mangsa pertamanya! Pada hari “malang” tersebut, saya memang gelabah satu macam apabila berdiri di hadapan kelas. Berpeluh seluruh tubuh, kaki menggeletar, mulut tergagap; semua ada!

Tapi itu cerita dulu… 🙂

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com