Nostalgia 90-an: Denda rokok yang masih segar dalam ingatan

  • 2Minutes
  • 221Words
  • 12Views

Dalam banyak-banyak denda ni, ada satu denda yang paling sadis pernah saya saksikan tapi tak ada dalam senarai ini.

Sampai sekarang pun masih segar dalam ingatan.

Kisahnya begini. Waktu itu saya bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud (SMTM), Besut.

Cikgu disiplin ialah Cikgu Hatta. Memang garang orangnya. Pelajar-pelajar nakal memang anti dengan beliau.

Siapa yang pernah sekolah di SMTM, Besut sekitar tahun 90-an, mesti kenal nama ni. Garang, tapi sangat dihormati.

Ketika di Tingkatan 2, beliau juga mengajar kelas saya subjek geografi.

Kadang-kadang kelas geografi kami dijalankan dalam bilik disiplin.

Satu hari tu, apabila kami masuk, terkejut tengok seorang pelajar duduk bersila sambil hisap satu kotak rokok. Ya, SEKOTAK.

Bukan sebatang, bukan dua batang tapi berbatang-batang rokok yang diikat dengan getah dan pelajar berkenaan menghisapnya.

Satu anggarkan ia dari satu kotak rokok penuh.

Tengok muka dia, merah mata dan berair kena habiskan rokok berkenaan

Selepas itu saya difahamkan, denda sebab merokok di kawasan sekolah.

Sekarang apabila ingat balik, saya senyum sendiri.

Zaman tu, hukuman keras tapi niatnya mendidik.

Dan walaupun nampak kejam, ramai daripada kami membesar jadi manusia yang tahu beza antara takut dengan hormat.

Nota: Saya ingat-ingat lupa sama ada masa tu saya datang ke bilik disiplin untuk kelas geografi atau ada urusan lain. Yang pastinya saya bukan datang sebab didenda, sebab saya budak baik 😆

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tadi saya menerima satu permohonan daripada seorang bakal perunding takaful…