fbpx

Oktoberfest-Maaf Kerana Kenyataan Saya Agak Kontroversi

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 200Words
  • 277Views

Maaf, rakan-rakan.

Mungkin kenyataan saya ini sedikit berbeza dengan majoriti rakan-rakan, berkenaan acara kontraversi OktoberFest.

Selepas membaca diskusi hangat acara ini, saya dengan ini MENYOKONG sepenuhnya OktoberFest dengan SYARAT yang ketat.

Saya tahu ramai yang membantah acara ini, tapi saya ada pandangan berbeza.

Ia demi menjaga keharmonian kaum dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan Islam Rahmatan Lil-Al-Amin.

Dalam masa sama, ia juga untuk menjaga sensitiviti antara agama dan kaum.

Saya yakin, akan ada yang tak selesa dengan kenytaaan ini. Jika ada yang menolak pandangan saya ini, saya alu-alukan untuk berikan respon secara berhemah.

Kita berbincang secara matang.

Suka saya tegaskan, menyokong OktoberFest tidak bermakna saya galakan orang minum arak.

Saya menyokong acara ini dengan syarat tertentu.

Syarat-syarat tersebut ialah;

1. Diadakan di tempat tertutup sahaja.

2. Hanya untuk non-Muslim sahaja.

3. Ada kawalan keselamatan yang ketat untuk mengelakkan orang Islam terlibat.

4. Pastikan peserta tidak keluar dari premis dalam keadaan mabuk untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.

5. Hanya menghidangkan air sirap Bandung sahaja. Ini paling penting.

Boleh buat sepanjang tahun, dari JanuaryFest sampailah ke DisemberFest.

Sekian. Terima kasih.

Siapa setuju?
Say “I” dan kongsikan kpd rakan-rakan lain.

“Islam, Rahmatan Lil-‘Aalamiin”
“OktoberFest, Rahmatan Lil-Kaafiriiin”

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara training wajib kami di INFAQ; FB Marketing. Training ini…