OPR turun bukan alasan nak bayar kurang, tapi peluang bebas hutang cepat

Financial hack | Apabila OPR turun, bayar ansuran sama mcm sebelum dan lebihan masuk ke baki pokok* (bukan advance payment).
Huraian
– Teruskan bayar ansuran bulanan seperti sebelum OPR turun.
– Jangan kurangkan bayaran walaupun bank cadangkan ansuran baru lebih rendah.
– Bank takkan beritahu perkara ini jika tidak ditanya, sebab ia mengurangkan keuntungan bank
– Lebihan daripada ansuran itu, pastikan masuk ke baki pokok hutang.
– Sama ada lebihan bayaran itu automatik masuk ke baki pokok atau tidak, bergantung kepada jenis hutang kita dengan bank.
– Ada hutang yang secara automatik tolak ke baki pokok, ada juga yang perlu arahan khas atau ditulis sebagai bayaran khas untuk baki pokok.
– Apabila baki pokok berkurang lebih cepat, jumlah keuntungan keseluruhan akan jadi lebih rendah.
– Apabila ia berlaku, maka keuntungan bank akan berkurangan, dan ia tidak menggembirakan mereka.
– Tempoh bayaran mungkin jadi lebih pendek atau jumlah bayaran keseluruhan jadi lebih jimat.
– Pastikan bayaran masuk sebagai “reduction in principal” dan bukan “advance payment”.
– Hubungi bank untuk pastikan lebihan bayaran disalurkan dengan betul.
– ULANGAN: Sebagaimana disebut di atas, ia bergantung kepada jenis kontrak hutang dengan bank.
– Jika jenis hutang adalah flexi atau semi-flexi, lebihan bayaran boleh kurangkan baki pokok secara automatik.
– Jika jenis hutang tetap (term), lebihan bayaran mungkin tidak beri kesan melainkan dibayar sebagai bayaran khas untuk kurangkan baki pokok.
– Jika hutang jenis term, perlu membuat permohonan dengan bank untuk bayar baki pokok.
– Ada bank yang mensyaratkan jumlah minima tertentu utk bayar baki pokok, contohnya RM1K atau 3 bulan ansuran.
– Jika itu situasinya, boleh kumpulkan dulu duit lebihan itu sebelum bayar baki pokok.
– Semak semula jenis kontrak dan bincang dengan pegawai bank untuk pastikan kaedah ini sesuai dan berkesan.
Sudahkan anda belajar? Sila komen.
Kalau rasa nak tambah income supaya dapat bayar hutang lebih cepat, boleh sertai saya di INFAQ Consultancy sebagai konsultan takaful.
Elaun RM5,000 disediakan bagi yang layak, boleh jalankan secara part-time atau full-time
Satu-satunya syarikat takaful yang boleh buat submission pakai handphone sahaja. Kompeni lain kena beli ipad tau…
Komisen juga tinggi iaitu 40%!!!
Klik link di bawah:
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran