Orang kaya tak menunjuk kekayaan
Bisnesman yang benar-benar kaya tak suka sangat pun menunjuk-nunjuk kereta apa yang dipakai.
Yang selalu menunjuk-nunjuk kereta mewah ni, selalunya yang ada udang di sebalik batu.
Selalunya bisnesman yang suka menunjuk kereta, ada untuk untuk rekrutmen, cari ejen, cari downline dan seumpamanya.
Kemudian, anak buah / ejen / downline yang direkrut tadi diajar benda sama, dan kitaran itu berulang dan berulang daripada satu generasi ke satu generasi.
Ia selalu berlaku dalam mana-mana bisnes yang memerlukan rekrutmen seperti MLM, network marketing, takaful, unit trust malah juga berlaku dalam bisnes-bisnes yang tidak patuh syariah seperti forex dan skim cepat kaya.
Ajaran yang digunakan oleh sesetengah bisnesman “beli kereta untuk impress klien, senang rekrut dan bukti kejayaan bisnes”
Tak dinafikan, ada sesetengah mazhab bisnes menjadikan amalan beli kereta mahal sebagai dorongan dan motivasi usahawan. Maaf kata, ia biasa berlaku dalam industri MLM, networking, salesman, takaful, unit trust dan seumpamanya.
Berdasarkan ajaran dalam mazhab ini, apabila ejen / salesman / usahawan beli kereta yang mahal, maka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan installment kereta yang dibelinya.
Salahkah cara tersebut? Tak salah. Memang ia mampu memberi rangsangan kpd usahawan terbabit utk bekerja keras. Sebab dalam mindset mereka, “aku kena kejar sales bulan ni. Kalau tak, kereta kena tarik”.
Jika ada yang amalkan, saya tak salahkan selagi mana lakukan secara legal dan patuh syariah.
Tapi perasan tak, geng-geng skim cepat kaya selalunya amalkan mazhab ini? Akhir sekali masyarakat menyamakan mana-mana bisnes yang amalkan ajaran dan mazhab sebegini, sebagai skim cepat kaya.
Bahayanya cara pemikiran begini menyebabkan sales dikejar berdasarkan keperluan ejen, bukan keperluan pelanggan.
Inilah cara geng-geng skim cepat kaya amalkan. Tayang kereta untuk dapatkan sales dan rekrut. Kemudian kitaran itu berulang dan berulang daripada satu generasi ke satu generasi.
Sehingga menyebabkan bisnes-bisnes yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah pun terpalit sekali. Contohnya bisnes dalam bidang kewangan seperti takaful dan unit trust, acap kali dipandang serong apabila wujud budaya menunjuk-nunjuk kemewahan kepada publik melalui kereta mewah.
Apabila wujud sesetengah ejen yang lebih suka mempromosi lifestyle mereka berbanding kelebihan produk yang mereka pasarkan, menyebabkan masyarakat memandang serong kpd kerjaya sebagai perunding kewangan seperti takaful, unit trust dan seumpamanya.
Bayangkan begini:
Umpama seorang peniaga nasi lemak – lebih suka menunjukkan untung perniagaan, cek yg diperolehi, rumah yang diduduki, kereta yg dipakai berbanding, acah-acah financial freedom, konon-konon bisnes dia tak perlu keluar peluh untuk dpt income – berbanding nasi lemak yg dijualnya.
Walhal yang sepatutnya ditonjolkan ialah keenakan nasi lemak, bukannya kereta apa peniaga nasi lemak tu pakai.
Contohi Sdra Khairul Aming, tak kisah pun pakai kereta apa sebab itu bukan keutamaan pelanggan. Yang pelanggan utamakan ialah kesedapan makanannya.
Cuba bayangkan, Khairul Aming berniaga sambal tapi hari-hari tayang kereta, tayang duit masuk kemudian ajak orang beli sambal dan jadi ejen dia?
Tak dapat bayangkan, kan?
Saya juga kenal secara personal ramai jutawan yang hidup humble tanpa perlu pamerkan kereta mewah.
Ada seorang pelabur saham jutawan, hanya pakai kancil sahaja pergi ke ofis. Tak buat kelas. Hanya berkongsi dalam group tertutup.
Ada seorang bisnesman internasional, naik motor Honda sahaja ke sana ke mari.
Ada seorang tauke kilang besar, duduk rumah macam pondok sahaja. Kalau tengok rumah sahaja, tak percaya di adalah jutawan.
Ada seorang jutawan pelabur hartanah, duduk rumah di tengah sawah. Kalau tengok rumah sahaja, orang akan sangka itu rumah pesawah padi.
Kesamaan antara mereka yang saya kanali ini, bisnes mereka tak memerlukan lifestyle mewah untuk impres ejen / downline / rekrutmen.
Apa komen anda?
Afyan Mat Rawi, IFP
Pesanan penaja:
Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!! Lite.SeminarBMW
Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?
E-learning Seminar Bijak Merancang Wang
- 1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
- 2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
- 3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
- 4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
- 5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
- 6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
- 7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW
Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?
Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.
Lite.SeminarBMW
Lite.SeminarBMW
Lite.SeminarBMW
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran