fbpx

Panduan Membeli Kereta

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 148Words
  • 587Views

Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.

Malah pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.

Artikel ini khusus untuk rakan-rakan yang bertanya tentang tip kewangan untuk membeli kereta.

Cara yang saya sarankan ini memang cara yang sangat konservetif dalam tabiat membeli kereta orang kita, dan sangat ekstrem dalam membuat simpanan, iaitu;

1) Membeli kereta secara tunai, atau

2) Membeli dengan deposit tinggi, atau

3) Jika mahu juga membeli dengan cara hutang; harga kereta bersamaan jumlah pendapatan setahun.

Baca selanjutnya di:
http://www.majalahniaga.com/tip-bijak-wang-beli-kereta.html

Terima kasih kepada tim Majalah Niaga, Tn Hasbul ‘Aqill, dan Hasbul ‘Ariff yang sudi menyiarkan tulisan yang tidak seberapa ini.

Moga ada manfaatnya.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sepanjang saya menjadi perunding kewangan, juga seorang usahawan, soalan yang…