fbpx

Pastikan Isi Penama Dengan Betul

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 196Words
  • 491Views

Apabila melanggan polisi takaful, pastikan penamaan yang betul untuk tujuan yang sesuai.

Jika diletakkan penamaan hibah dalam polisi takaful, ia bagi tujuan pemberian kepada waris, contohnya untuk untuk income protection. Waris yang dinamakan, contohnya nama pasangan, boleh gunakan pampasan untuk kelangsungan hidup ahli keluarga yang ditinggalkan. Waris faraid lain tidak ada hak ke atas harta tersebut.

Selain daripada penamaan hibah, alternatif lain yang boleh dibuat ialah takaful trust. Sesuai jika jumlah pampasan besar RM setengah juta ke atas, dan untuk memastikan wang pampasan takaful diuruskan berdasarkan hasrat pelanggan. Ia memerlukan kos tambahan.

Jika bertujuan menyelesaikan hutang pula, maka letak penamaan biasa pada polisi takaful. Waris yang dinamakan sebagai pemegang amanah untuk bayarkan hutang yang ditinggalkan selepas meninggal dunia. Jika ada lebihan, penama tersebut bertanggung jawab untuk agihkan mengikut faraid.

Selain daripada penamaan biasa, kita boleh tambah dokumen absolute assignment ke atas polisi takaful jika ia bertujuan untuk melangsaikan hutang. Dokumen tambahan tersebut akan ada kos tambahan.

Tak kisah nak letakkan penamaan hibah, penamaan biasa, takaful trust, absolute assignment atau gaponamorima sekali pun. Yang penting kita faham tujuan setiap penamaan dibuat dan bukan sekali harung semua sekali atas nama “hibah takaful”.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini beberapa contoh bagaimana Private Mandate dipromosikan dengan cara yang…