fbpx

Pelaburan, Kos Dan Risiko: Semua Pelaburan Ada “Harga”nya

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 791Views

Quantitative Investing - Introduction to data-driven investment ...

Dalam setiap PELUANG PELABURAN, 2 perkara ini amat penting untuk diambil kira:

  1. KOS
  2. RISIKO

Saya ambil contoh 4 pelaburan yang popular (dan tambahan 1 pelaburan sontot. Hoho!) di negara kita:

  1. Saham
  2. Hartanah
  3. Emas
  4. Unit trust
  5. Skim too good to be true

Kita pergi satu persatu risiko dan kos contoh-contoh pelaburan di atas:

1. SAHAM

Kos:

  • Kos buka akaun CDS RM10
  • Kos transaksi jual beli saham (brokerage, GST, clearing fees) sekitar 1% ke 2%

Risiko:

  • Risiko harga jatuh, boleh cecah 50% dalam masa sehari
  • Kaunter unlisted – Hampir TOTAL LOST

2. HARTANAH

Kos:

  • Kos Deposit 5% ke 10%
  • Kos guaman, SNP dan lain-lain 5% ke 10%
  • Kos renovation sekitar 5% ke 20% bergantung kepada kondisi rumah

Risiko (Bagi kes pelaburan hartanah, ia berbeza-beza mengikut strategi pelaburan)

  • Risiko projek perumahan terbengkalai (jika pelaburan hartanah under construction)
  • Risiko ketiadaan penyewa (jika pelaburan hartanah untuk disewa)
  • Kerenah penyewa (pelaburan hartanah sewa)

3. EMAS

Kos:

  • Spread emas: 5% ke 30% (bergantung kepada jenis emas dan syarikat)

Risiko:

  • Naik turun emas, boleh mencecah 10% setahun
  • Emas hilang – TOTAL LOST
  • Emas palsu – TOTAL LOST

4. UNIT TRUST

Kos

  • Kes entry fees (sales scharge, GST) sekitar 6%
  • Kos tahunan (trustee, management fees) sekitar 1%

Risiko

  • Risiko harga jatuh, bergantung kepada volatility dan jenis dana. Ada yang sampai 30% setahun

5. Pelaburan Scam Too God To Be True

Kos

  • Boleh bermula serendah RM1,000 hingga RM100,000 ke beribu-ribu RM

Risiko

  • Risiko Sontot ialah risiko paling berisiko dalam banyak-banyak risiko. TOTAL LOST dan hilang maruah.

 

*Kesemua kos dan risiko di atas hanya boleh diminimakan dan dikawal melalui satu jenis pelaburan yang paling menguntungkan di dunia: PELABURAN ILMU

**Selepas ada ILMU PELABURAN, barulah mulakan PELABURAN dan bersedia menghadapi risiko setiap PELABURAN.

Asal sesuatu pelaburan adalah “rugi sudah pasti, untung belum tentu”.

Pegang kemas-kemas prinsip ini:

Semua pelaburan adalah merugikan, kecuali dibuktikan sebaliknya“.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Musim konvo tiba lagi. Tiba-tiba sepupu saya Puan Nur Afzan…