fbpx

Tersontot Di Pintu Shorga: Masihkah kau ingat?

  • 3 months ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 159Views

Masihkah Kau Ingat?

Siapa kenal nama-nama dalam senarai ini (list di bawah)? Senarai syarikat yang berada di dalam radar pihak polis.

Dalam senarai ini dinyatakan nama syarikat, jumlah laporan polis, anggaran jumlah mangsa dan anggaran kerugian mereka.

Ini senarai lama sekitar tahun 2017, daripada akhbar The Star.

Tahun yang sama saya tulis buku bertajuk Tersontot Di Pintu Shorga.

Dalam senarai ini, ada beberapa nama yang pernah saya sebut sebelum ia tersontot sepenuhnya.

Nombor 10 paling lejen – Pelaburan Emas Tok Belagak, atau nama syarikatnya Darul Emas Perak Bhd.

Ketika saya kali pertama nama skim ini dan meraguinya, berbakul-bakul sumpah seranah saya terima daripada pengikut Tok Belagak dan Tok Belagak sendiri.

Siapa masih ingin peristiwa tersebut? Sekitar Februari 2014.

Kira-kira 10 tahun yang lalu. Siapa yang dah follow FB ini sejak lama, tentu tahu akan kes ini. Boleh munculkan diri di ruangan komen.

Nama-nama lain dalam senarai ini yang pernah saya singgung adalah seperti:

  • JJPTR
  • Mekah Islamic Hotel / Mecca Fund
  • Monspace
  • Highway Group
  • Kongsi Makan
  • DBI Housing Scheme / Dato Boy Iman

Ada yang pernah terkena? Boleh kongsikan di ruangan komen, sebagai pengajaran.

Orang kita lebih suka membayar cukai kebodohan yang tinggi daripada membayar yuran kepandaian yg jauh lebih murah.

Menjelang 2023, modus operandi scammer sama sahaja sejak zaman Pak Man Telo;

“Skim / perniagaan / pelaburan dengan tawaran yg toooooo toooooo to be true”

Tapi dgn subjek dan komoditi berbeza.

Ada yg guna saham..

Ada yang guna CPO.

Ada yang guna MLM.

Ada yg guna emas.

Ada guna yg rumah.

Ada yang guna Bitcoin.

Ada yang guna Kripto.

Mereka akan ikut trend semasa.

2023A bakal menjelma, apa pula yang bakal muncul?

Berapa ramai lagi yang bakal jadi mangsa?

Sama macam kita nantikan….

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau ada 50k sebagai modal untuk pelaburan private mandate, itu…