Pelaburan kripto: Kelebihan platform yang dikawal selia oleh autoriti Suruhanjaya Sekuriti
Jika nak melabur dalam Bitcoin dan Kripto, saya nasihatkan pilih platform dikawal selia oleh autoriti iaitu Suruhanjaya Sekuriti seperti Luno.
Bukan platform lain seperti Binance, Huobi dan seumpamanya itu tidak bagus. Malah sebenanrnya lebih murah berbanding Luno.
Tapi sebab ia di luar kawal selia autoriti, jadi ia menimbulkan banyak isu lain.
Contoh macam soalan yang diajukan ini bagaimana sekiranya pelabur Bitcoin meninggal dunia, bagaikan waris hendak menuntut harta tersebut?
Kalau masa hidup nak bagi password, nak berikan dekat waris yang mana?
Bagaimana kalau waris itu pun lupa password?
Bagaimana kalau waris tu login dan transfer duit ke akaun dia?
Hahaha!
Jadi, jika gunakan platform yang dikawal selia oleh SC, ia lebih terjamin.
Macam duit kita dalam unit trust atau dalam bank. Tak perlu orang lain tahu password akaun atau kad ATM.
Boleh proses tuntutan pusaka macam harta-harta lain.
Wallahua’lam
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran