fbpx

Pelaburan private Mandate dengan servis fund manager professional untuk pelaburan minima RM5,000

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 318Words
  • 387Views

Tahukah anda, dengan pelaburan minima RM5,000 kita boleh dapatkan servis daripada profesional fund manager? Dan yg lagi best, kita boleh communicate dgn FM tersebut utk portfolio pelaburan kita.

Ia bukan unit trust.

Ya, unit trust ada juga fund manager, tapi kita sebagai pelanggan hanya berurusan dengan ejen, bukan dengan fund manager.

Selalu sangat orang tanya saya, apakah pelaburan apa yang bagus.

Saya tak ada jawapan jitu untuk persoalan itu. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Cuma saya boleh kongsikan pelaburan alternatif yang saya sertai sejak beberapa tahun lalu, iaitu Pelaburan PRIVATE MANDATE.

Ia berbeza dengan unit trust, dan mempunyai profesional fund manager yang kita boleh communicate.

Rujuk posting ini utk mengetahui apa bezanya

Biasanya pelaburan Private Mandate menggunakan modal minima RM50,000. Tapi saya ada berita baik. Ia sekarang boleh dimulakan dengan modal RM5,000 sahaja.

Ya, and tak silap baca. RM5K, bukan lagi RM50K.

Ia adalah Private Mandate Account, Managed UT oleh Fund Manager Phillip Capital.

Private Mandate ini diuruskan fund manager professional Phillip Capital, yang akan menguruskan pelaburan kita ke beberapa dana unit trust terbaik.

Biasanya jika kita melabur sendiri ke unit trust, kita sebagai pelabur perlu memantau pelaburan kita.

  • Kena pilih dana,
  • kena buat switching,
  • jika untung kena lock profit,
  • jika harga jatuh nak kena top up atau cut loss dan sebagainya.

Kadang-kadang pelabur serah kepada ejen unit trust untuk uruskan semua kerja-kerja tu. Kalau dapat ejen yang bagus, Alhamdulillah. Tapi susah nak cari ejen yang mampu uruskan semua kerja-kerja pemantauan itu bagi pihak klien. Saya sendiri mengakui tak mampu lakukannya.

Tapi dengan Private Mandate Account Managed UT ini, semua diuruskan oleh Fund manager Manager Professional

Jika yg berminat nak melabur, boleh follow step by step di sini

Ia adalah pelaburan yang mempunyai risiko. Naik turun pasaran akan mempengaruhi keuntungan dan tiada sebarang jaminan untuk tidak rugi.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau saya berada dalam situasi kerjaya jadi cikgu dengan gaji…