fbpx

Pelaburan Unit Trust Sedang Jatuh, Apa Nak Buat?

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 554Words
  • 1163Views

1. Majoriti dana unit amanah sekarang sedang jatuh. Ya, majoriti besar sedang jatuh, terutama dalam kategori ekuiti.

2. Apa yg perlu pelabur lakukan?

A. Keluarkan / stop loss
B. Tambah pelaburan, sebab harga tengah murah. Shoping time!
C. Biarkan. Nanti akan naik balik

3. Ia berbalik kepada objektif asal pelaburan unit trust kita. Tanya balik kepada diri sendiri; kali pertama kita membuat keputusan pelaburan, apa tujuan kita?

– Adakah utk setahun?
– Adakah utk 2 ke 3 tahun?
– Adakah utk 4-5 tahun?
– Adakah utk 10 tahun?
– Adakah utk dana persaraan apabila kita bersara pada usia 55 tahun?

4. Jika kita melabur utk tempoh setahun, unit trust bukan tempatnya. Malah jika utk 2 ke 3 tahun pun, ini bukan tempatnya. Dan jika itulah tujuannya, maka lebih baik keluarkan sahaja.

5. Pelaburan unit trust adalah utk jangka masa panjang, sekarang-kurangnya melebihi 3 tahun setengah. 5 ke 7 tahun lebih baik. Sebaiknya utk sehingga umur persaraan.

6. Naik turun harga unit adalah perkara normal. Adakah ketika anda melabur dan melihat graf harga unit trust, ejen anda tidak ceritakan hal itu? Jika itu yg berlaku, pecat ejen tersebut dgn segera.

7. Jadi, utk mencapai matlamat dalam sesuatu pelaburan, sudah tentu akan berlaku kenaikan dan penurunan harga. Naik dan turun harga unit trust adalah PERKARA NORMAL dalam unit trust.

9. TIDAK ADA unit trust yg SENTIASA NAKL atau yg SENTIASA TURUN. Ia akan berlaku kenaikan dan penurunan dan maklumat itu boleh dilihat di dalam FUND FACT SHEET (FFS) dana yg anda laburkan.

10. Di dalam FFS sudah dinyatakan kadar VOLATILITY dana dalam masa 3 tahun yg dikeluarkan oleh Lipper Leader yg menunjukkan kemampuan harga dana tersebut utk MELONJAK NAIK atau MEROSOT TURUN.

11. Kadar volatility itulah yg menjadi aspek pertimbangan pemilihan dana dan ia dipilih berdasarkan kadar risiko yg sanggup diambil oleh pelabur. Lebih tinggi kadar volatility, maka lebih tinggi peluang untung dan risiko yg pelabur terima.

12. Adakah ejen menceritakan pelaburan unit trust utk tempoh setahun atau jangka pendek? Jika itulah yg diceritakan dan itu memang matlamat anda melabur, maka lebih baik hentikan sekarang.

13. Tapi jika memang anda merancang pelaburan utk jangka masa panjang, kejatuhan harga bukanlah perkara yg anda perlu risaukan. Ia sememangnya perkara yg patut dijangka sedari awal melabur. Tinggal lagi, cepat atau lambat kejatuhan itu.

14. Pelaburan umpana bercucuk tanam; hari ini kita tanam bukan utk kita petik buahnya sehari, seminggu, atau setahun. Paling tidak 3 ke 5 utk mendapat tuaian pertama. Lebih lama, ia akan jadi lebih matang.

15. Sebab itu saya selalu tekankan, labur dgn menggunakan duit lebihan simpanan, bukan dari duit simpanan. Supaya, kita tidak melabur dgn emosi. Ia terpakai utk semua jenis pelaburan termasuk selain unit trust.

16. Sebenarnya, apabila market sedang jatuh, bermakna harga unit trust sedang berada pada kadar terrendah. Maknanya, jika sekarang kita membelinya, kita beli dengan harga yg lebih murah.

17. Kesimpulannya, berbalik kpd objektif kita membuat pelaburan. Dalam pelaburan, waktu kita “enter” memang penting, tapi waktu kita “exit” adalah 10 kali lebih penting.

Wassalam.

Ingin melabur menggunakan KWPS atau Tunai?(required)

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ada satu rahsia utk mengelakkan rugi dalam pelaburan. Rahsia…