Pencuri Bodoh (3)

(Maaf, untuk ke sekian kalinya entri ini selepas beberapa entri di bawah tajuk yang sama – Afyan)

 
Saya baru perasan, ada satu lagi barang yang cukup berharga buat diri saya yang dicuri bersama-sama beg saya minggu lepas (dan barang tersebut tidak bernilai satu sen pun kepada pencuri tersebut), iaitu buku koleksi kad-kada nama dan kad-kad perniagaan yang saya simpan dan kumpul semenjak daripada alam kampus, antaranya;

 

  1. Kad-kada nama kawan-kawan semasa belajar di kampus; yang tertera alamat dan no kontek rumah masing-masing. Kebanyakan no telefon handset sudah bertukar, tetapi alamat dan no kontek rumah kampung kediaman masih sama. Itu yang berharga. Jika saya ingin mendapatkannya kembali sekarang bermakna saya perlu menghubungi kembali semua kawan-kawan lama saya!
  2. Kad-kad bisnes kenalan-kenalan daripada kampus-kampus lain; sama seperti nombor 1, amat bernilai sekali.
  3. Kad-kad bisnes suplier-suplier saya; meliputi suplier-supplier barang-barang dengan harga borong ketika saya menjalankan bisnes trading dahulu. Ia amat bernilai kerana saya ada merancang untuk meneruskan kembali bisnes trading apabila tiba masanya nanti. Untuk mendapatkannya kembali, saya terpaksa membelek helaian-helaian Yellow Pages.
  4. Kad-kad nama pelanggan-pelanggan saya; terutama pelanggan-pelanggan saya dalam bisnes printing serta takaful. Pelanggan-pelnggan ini juga dari kalangan no 1 dan 2. Banyak di antara mereka, adalah pelanggan saya untuk bisnes printing dan orang yang sama juga menjadi pelnggan saya dalam takaful. Dan akan menjadi pelanggan saya untuk bisnes-bisnes yang lain suatu ketika nanti!

Insaflah wahai pencuri….

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post
2 Comments
  1. Avatar

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
  Mereka adalah BIG E! Tapi,  berapa ramai sahaja BIG…