fbpx

Syabas Team Produksi Upin & Ipin

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 341Views

Bagus, ini yg saya pernah impikan!

Saya juga pernah kongsikan perkara ini di

https://afyan.com/jangan-ceritakan-kepada-anak-anak-kita-ki…/

Cerita-cerita dongeng Melayu, hampir SEMUA berakhir dengan “sad-ending”.

 Mat Jenin – mati jatuh pokok kelapa.

 Si Tanggang – mati kena sumpah jadi batu oleh ibu kandung.

 Batu Belah Batu Bertangkup – mati kena telan dengan batu sebab merajuk dengan anak.

 Hang Nadim – mati kena bunuh dengan sultan walaupun bijak.

 Pak Pandir – sebodoh-bodoh manusia atas muka bumi. Anak sendiri pun tak kenal. Kambing tak kenal.

 Si Luncai – berjaya dengan cara menipu.

 Pak Kaduk – diabkan apabila telanjang kerana baju kertas terkoyak walaupun ayam sabung menang.

Nampak tak?

Jadi, remake cerita Mat Jenin sebagai seornag yang mempunyai wawasan ini satu perkembangan bagus oleh team produksi Upin & Ipin.

Saya harap akan ada remake cerita-cerita lain

 Si Tanggang – jejak kasih dengan ibunya dan membangunkan kampung halaman. Kemudian menganjurkan kursus motivasi

 Si Luncai – insaf dan jadi jurulatih renang negara

 Pak Pandir – menjadi contoh suami dan ayah mithali bersama Mak Andeh

 Bagu Belah Batu Bertangkup – ibu Kantan dan Cempaka mendapat anugerah Tokoh Ibu Mithali Kebangsaan.

 Hang Nadim – Dapat 20A1 dalam SPM

 Pak Kaduk – Selepas kalah sabung ayam, dia insaf sebab baru tahu itu adalah judi. Selepas itu beliau menjadi usahawan ternak ayam berjaya.

 Mat Jenin – Nyaris maut selepas jatuh pokok kelapa, kemudian baru timbul kesedaran melanggan takaful dan kemudian beliau turut menjadi ejen ejen dan berjaya.

Apa pandangan anda?

Sumber dari FB afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya kongsikan tulisan tentang cerita-cerita dongeng Melayu yang banyak…