Pencuri Bodoh

Gara-gara pencuri bodoh inilah saya berkabung kira-kira semingu tidak update blog 🙁

Minggu lepas, kereta saya kena pecah. Satu bag yang menanduni dokumen-dokumen bisnes saya dicuri. Saya pasti, pencuri tersebut menyangkakan beg saya mengandungi lapotop, atau sekurang-kurannya menandungi barang-barang berharga.

Hakikatnya tidak!

Beg saya menandungi fail-fail, dokumen, qoutation, polisi-polisi klien dan beberapa helai kertas kosong!

Beberapa penajaran yang saya perolehi daripada peristiwa ini untuk dikongsi bersama:

1. Jangan tinggalkan beg yang berbentuk beg laptop di dalam kereta. ini akan menarik perhatian pencuri-pencuri bodoh untuk mencuri beg tersebut.

2. Jika membawa laptop, jangan sekali-kali tinggalkannya di dalm kereta sekalipun di dalam bonet! Mungkin kita menyangka dengan meletakkan beg di dalam bonet kereta, penjenayah tidak dapat melihat beg tersebut. Mengikut pomen bengkel tempat saya mengantikan cermin yang pecah, penjenayah yang agak cerdik memiliki alat untuk mengesan peralatan elektronik seperti laptop, PDA atau telefon bimbit di dalam kereta.

3. Jangan merasa rugi untuk menambahkan windscreen sebagai perlindunan tambahan apabila perbaharui insurans kereta. Inilah yang terjadi kepada saya sekalipun saya ejen takaful 🙁 . Apalah sangat RM 30-75 setahun untuk melindungi poket bocor RM 150 -500!

4. Berkawanlah dengan pomen. Jika kita biasa menservis kenderaan dengan satu atau dua bengkel, cubalah untuk rapat dengan pomen bengkel tersebut. Ia akan memudahkan kita untuk mendapatkan servis yang terbaik , lebih-lebih lagi apabila terjadi perkara-perkara yang tidak disangka-sangka. Dengan cara ini, saya berjaya menyelamatkan poket saya daripada bocor kira-kira RM 100.00.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com