fbpx

Pencuri Bodoh (2)

  • 17 years ago
  • 2Minutes
  • 260Words
  • 298Views

Pencuri bodoh tempoh hari hanya mendapat sebuah beg berisi dokumen-dokumen perniagaan saya sahaja. Tiada satu pun dokumen-dokumen tersebut bernilai untuk pencuri tersubut gunakan, kecuali dia juga seorang ejen takaful, maka dia boleh gunakan borang-borang tersebut. Yang mungkin bernilai adalah beg tersebut yang boleh dijual sekitar RM 10.00. itu sahaja yang dia dapat.

Gara-gara pencuri bodoh tersebut, saya menanggung beberapa kerugian;

1. Cermin kereta yang pecah. Untuk menggantikan cermin tersebut, RM 120.00 hilang begitu sahaja. Harga ini setelah mendapat diskaun daripada pomen yang baik hati. Kalau di tempat lain mungkin lebih mahal.

2. Polisi-polisi pelanggan saya. Ada kira-kira 5 polisi yang hilang. Untuk mendapatkan balik polisi tersebut, saya mesti membayar RM 25.00 setiap satu, bermakna untuk mendapat balik kesemua polisi, RM 125.00 lagi terpaksa dikorbankan.

3. Pembersihan sisa-sisa cermin pecah di dalam kereta. Pernah tengok serpihan cermin kereta pecah? Apabila cermin kereta pecah ia akan membentuk serpihan-serpihan kecil, tidak seperti serpihan cermin biasa yang agak besar. Serpihan-serpihan tersebut berterabur di dalam kereta, terutama di bahagian kusyen yang diperbuat daripada kain. Apabila kaca bertemu kain, memang susah untuk dibersihkan. Walaupun saya telah cuba untuk bersihkan semenjak minggu lepas, sehingga kini masih ada lagi serpihan-serpihan kecil yang ditemui.

4. Penangguhan penghantaran polisi kepada pelnggan. Disebabkan kecuria tersebut, saya gagal untuk menghantar polisi-polisi pelanggan-pelannggan saya dengan kadar segera. Kredebiliti saya tercalar.

Jumlah kerugian saya sekurang-kurangnya RM 250 dalam tempoh beberapa saat, dan keuntungan pencuri tersebut hanyalah RM 10.00!

P/S: Rayuan saya kepad pencuri berkenaan; tolong pulangkan balik polisi-polisi tersebut. Beg tu kalau nak ambil, ambillah. Saya halalkan. Letak polisi-poliosi di atas kereta saya. Saya akan parking di tempat yang sama setiap hari. Tolong ye….

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

5 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di RK Training, antara lain tugas saya adalah sebagai designer…