fbpx

Pendidikan kewangan: Mengapa ia tidak diajar sekolah-sekolah dan IPT

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 10Views

Sedar tak sedar, sejak dari kecil, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menangah, kolej, kolej univerisit, maktab, hingga ke universiti – TIDAK pernah ada dalam silibus wajib pendidikan Malaysia tentang ilmu perancangan kewangan secara praktikal.

Kalau ada pun ia silibus yang menjurus kepada ilmu-ilmu dan teori ekonomi, bukannya ilmu perancangan dan pengurusan kewangan praktikal hidup.

Tapi, sebaik sahaja grad daripada kampus, perkara pertama yg kita akan fikir ialah wang.

  • Buat resume, datang interview, pergi kerja sebab untuk mendapatkan wang, yg sebelum itu daripada ibu bapa.
  • Bangun tidur, pergi kerja untuk dapat gaji.
  • Hujung bulan dapat gaji guna untuk bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang belajar dan sebagainya.
  • Duit itu jugalah digunakan untuk belanja sehari-hari, beli handphone, bayar bil itu ini, kos sara hidup hidup dan kos gaya hidup.

Bermula daripada mula bekerja hingga ke usia bersara, setiap hari kita fikirkan tentang wang.

Tapi malangnya ilmu kewangan ini tidak diajar dalam sistem pendidikan kita.

Dan itulah perkara yg digunakan setiap hari, bermula dari celik mata hingga tidur.

Bermula daripada lahir sehingga meninggal dunia, tidak lepas dari hal ehwal berkaitan kewangan.

Berdasarkan perkara di atas, maka tidak hairan jika kita melihat statistik-statistik berikut:

  • 60% pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan KWSP dlm masa 3 tahun selepas bersara. (Sumber: KWSP 2015)
  • 50% penjawat awam diisytiharkan muflis akibat hutang kereta. (Sumber: CEUPACS 2011)
  • Hanya 6% daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur. (Sumber BNM, November 2015)
  • Majoriti pemegang polisi insurans dan takaful, under-insured. Bermakna polisi takaful / insurans tidak banyak membantu menggantikan pendapatan yg hilang akibat musibah (Sumber : The Star, Januari 2016).
  • Setiap tahun pasti akan ada laporan orang kena tipu dengan skim-skim cepat kaya. Berdasarkan senarai syarikat dlm pemerhatian BNM, setiap masa tidak kurang daripada 100 syarikat yg ada dalam senarai. (Sumber : Watchlist BNM dan Suruhanjaya Sekuriti)
  • 6.3 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000

(Sumber: Bernama, 2023)

  • Baru 6 minggu tahun 2024, kes penipuan komersial cecah RM558 juta (Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, 2024)

Berdasarkan statistik di atas, boleh dikatakan MAJORITI BESAR rakyat Malaysia tidak menguruskan kewangan dengan baik.

Tapi untuk labur sedikit duit untuk belajar ilmu-ilmu kewangan pun berkira.

Setuju tak?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kecoh pasal filem La Luna yang memaparkan orang berpewatakan agama…