Pengalaman Kembara Umrah Takaful Ikhlas 2019
Antara hadiah paling bernilai atas hasil usaha sendiri adalah dapat berkunjung ke Tanah Haram, Mekah. Ikuti pengalaman Tn Faris Addenan di FB beliau.
Assalamualaikum WBT
.
.
Alhamdulillah, selesai sudah kembara umrah kami bersama Takaful Ikhlas Family Berhad daripada 23 Januari 2019 – 4 Februari 2019.
.
.
Jemaah (kump. B )kami seramai 48 orang daripada jumlah keseluruhan 190 orang dijemput untuk bermusafir ke tanah haram.
.
.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
” Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa.”
Dan sabda Nabi SAW lagi:
” Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (100,000 kali) .”
.
.
Perjalanan ke tanah haram yang penuh dugaan dan cabaran. Akan tetapi, hati terubat jua apabila selamat sampai ke tanah Madinah.
.
.
Sesungguhnya keseronokan berada di tanah haram lebih terasa berbanding trip-trip travel ke beberapa negara Asia/Eropah yang pernah saya lalui sebelum ini.
.
.
Jika nak dibandingkan dengan pemandangan dan infrastrukur, beberapa tempat lain mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding di sini.
.
.
Tetapi keseronokan dan ketenangan hati berada di tanah haram itu sangat dirasai.
.
.
Menziarahi Rasulullah SAW, bersesak-sesak di raudhah, menjejaki kesan tinggalan sejarah Islam, menziarahi Jannatul Baqi, bersesak-sesak membuat tawaf, saie dan bertahalul bagi umrah, solat di hadapan kaabah serta diimami oleh imam-imam masjidil haram yang lunak merdu suaranya.
.
.
Kesannya amat dirasai terutama apabila hari-hari terakhir berada di sana. Hati sedih hendak meninggalkan bumi yang berkat ini walaupun fikiran sudah berada di tanah air.
.
.
Terima kasih Takaful Ikhlas Family Berhad kerana menaja kembara umrah kali ini. Peluang keemasan yang sukar untuk ditolak, bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal.
.
.
Jika ada sahabat-sahabat yang berminat hendak menyertai kembara umrah Takaful Ikhlas Family Berhad bersama saya, bolehlah menghubungi saya. Niat beserta usaha dan doa, insyaAllah akan dimakbulkan Ilahi.
.
.
Faris Addenan
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran