Pengalaman Selama 17 Tahun Dalam Industri Ini
Saya berada dalam industri kewangan selama 17 tahun. Selama 17 tahun ini juga saya nampak macam-macam jenis manipulasi dalam industri ini, terutama takaful.
Manipulasi, misleading, misselling, overclaim – bersepah dilakukan oleh ejen-ejen takaful, unit trust, PRS, pusaka dan sebagainya. Saya pun pernah tersalah buat dan tarik balik malah diberi amaran suatu ketika dahulu.
Contoh dalam takaful. Waktu saya mula-mula join, ada dakwaan bahawa ada syarikat takaful tak patuh syariah. Misleading gila perkara ini. Mujur saya ada latar belakang belajar syariah ketika di universiti.
Ramai ejen duk canang benda ni. Kalau nama “takaful” di depan sahaja yang patuh syariah. Tapi sekarang ejen yg duk dakwa macam tu dah “lompat parti” masuk syarikat takaful yang dia kata tak patuh syariah. Hahahaha.
Ada juga ejen yang mendakwa bahawa bawah medical card rider takkan naik harga sebab ada saving. Apabila saya tegur mereka kata saya dengki. Lepas beberapa tahun, apabila caruman meningkat barulah mereka mati kutu. Klien jadi mangsa apabila percaya.
Tak masuk lagi ejen takaful yang promote buat perbandingan bank dengan takaful. Tahun 2020 pun ada kes macam ni. Cuma malas dah saya nak highlight banyak kali.
Ada ke patut duk bandingkan takaful dengan bank kemudian kata ciri yang ada pada akaun bank, ada dalam polisi takaful, tapi takaful ada perlindungan dan pelaburan yang lebih tinggi pulangan. Ada klien yang percaya, sanggup keluarkan simpanan dan “labur” dalam takaful.
Ada ejensi dan group leader yang sudah diambil tindakan disebabkan aktiviti misleading sebegini.
Lebih parah jenis ejen takaful yang isi borang tapi tidak discloss kesihatan sebenar pelanggan, walaupun sudah diberitahu. Ada yang siap janjikan bahawa tak ada masalah apabila claim.
Klien jadi mangsa ejen desprate nak kejar sales. Masa nak claim akan timbul 1001 masalah
Dalam unit trust pun ada, ia lagi strict. Banyak kes ejen unit trust digantung lesen disebabkan mempeedaya pelanggan.
Ads jenis ejen unit trust duk jual return dan siap janjikan keuntungan kepada klien. Ada yg duk jaja pulangan dekat dana lain yang dah ditutup kemudian close klien dana lain.
Ada ejen PRS pun pernah buat posting yg viral beritahu PRS boleh jadikan klien jutawan.
Apabila buat kiraan, tak jumpa celah mana pulangan yang boleh jadi jutawan.
Ada juga kes pegawai dan ejen ASB Financing mempromosi ASBF secara misleading, membuat kenyataan mengelirukan tentang annualize return yang disamakan dengan simple annual return.
Begitu juga kalau ada ejen pusaka yang mengatakan bawah dengan buat wasiat dapat selesaikan maslaah harta pusaka. Walhal banyak juga kes pusaka bermasalah sebab kandungan wasiat bermasalah, contohnya dalam wasiat letak sekali pemberian kepada waris.
Kemudian ada pula yang kata hibah takaful dapat menyelesaikan masalah pusaka.
Perkara-perkara ini adalah antara misleading, misselling, manipulasi dan overclaim yang berlaku dalam industri kewangan.
Ia akan terus berlaku dan berlaku.
Adakah produk takaful yang bermasalah?
Adakah unit trust yg bermasalah?
Adakah PRS yang salah?
Adakah ASBF yang bermasalah?
Adakah wasiat bermasalah?
Tidak sama sekali. Produk adalah produk. Yang bermasalah bukan produk, tapi ejen.
Jika salah, kita tegur. Saya pun pernah kena tegur dsn saya terima dengan seadanya sebab teguran itu benar.
Tapi takkanlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga?
Yang misleading, misselling, overclaim, manipulasi – kita kena banteras. Tapi itu bukan bermakna produk-produk tadi adalah scam.
Begitu juga dengan MLM. Ia adalah kaedah pemasaran. Selain kaedah pemasaran MLM, ada kaedah pemasaran lain seperti kaedah stokis, kaedah ejensi, kaedah retail, kaedah dropship, kaedah affiliate dan pelbagai lagi.
Dalam kaedah stokis, ejensi, retail, dropship, affiliate pun ada banyak kes berlakunya penipuan, tak deliver, misleading, manipulasi, overclaim malah scam pun ada. Tapi adakah kaedah itu yang kita hukum sebagai scam? Tidak sama sekali.
MLM adalah salah satu kaedah dalam pemasaran. Hukum asalnya adalah harus. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah putuskan ia harus.
Jika ada misleading, manipulasi, overclaim, misselling oleh ejen, kita kena banteras. Tapi bukan untuk kita terus menghukum bahawa MLM itu scam.
Antara kelebihan yang ada dalam bidang kewangan tapi tiada dalam bidang MLM, ialah pengawal seliaan undang-undang.
Dalam bidang kewangan, ada institusi yang mengawal sekian industri kewangan iaitu Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Berbeza dengan MLM, tiada kawal selia khusus. Jadi, penting untuk kompeni dan leader untuk sentiasa memperingatkan ahli kumpulan agar tidak terlanggar batas dan melakukan misleading, manipulasi, overclaim, misselling apatah lagi scam.
Topik ini dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW
Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
- Aliran Tunai
- Aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Boleh dapatkan di www.bukuBMW.com utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.
Buku ini adalah buku fizikal yang sedang dalam pembikinan dan cetakan. Pembeli akan terima pada bulan hadapan.
Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.
Memandangkan ia adalah pra-cetakan, untuk mengelakkan pembeli rasa lama menunggu, kami sediakan HADIAH percuma bagi 1,000 pembeli pertama.
1,000 pertama akan dapat hadiah 2 hadiah. Sekarang tinggal kira-kira 300 unit sahaja.
- Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
- Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Ketik www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran