fbpx

Pengkelasan T15 berbeza dari T20, M40, B40: Menanti takrifan rasmi kerajaan

  • 4 days ago
  • 1Minute
  • 159Words
  • 13Views

“Kategori isi rumah bagi setiap peringkat tidak akan menggunakan data pendapatan isi rumah kasar sedia ada, sebaliknya mengambil kira perbelanjaan asas isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar…”

Berdasarkan apa yang saya faham daripada berita ini, cara pengekelasan T15 kali ini tidak sama dengan cara pengkelasan T20, M40 dan B40 sebelum ini yang hanya mengambil kira pendapatan isi rumah sahaja.

Dan yang lebih menarik, ia tidak menggunakan data sedia ada dan akan ada pemboleh ubah lain selain pendapatan isi rumah.

Jadi, adakah yang dimaksudkan “data sedia ada” itu merujuk kepada datang yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik (DOSM) yang sedang tular sekarang?

Jika begitu, tidak boleh berpandukan grafik T15 berdasarkan DOSM.

Maka kena tunggu takrif sebenar oleh kerajaan kelak. Harapan saya, agar kali ini pendapatan isi rumah diambil kira sekali dengan tanggungan, jumlah anak, negeri dan sebagainya untuk lebih adil dan saksama.

Biar betul-betul golongan maha kaya, yang tidak perlu bekerja sahaja dikategorikan sebagai T15.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Soalan serius: Adakah pengekelasan baru T15 ini menggantikan pengkelasan lama…