fbpx

Perancangan Harta Pusaka Bukan Sekadar Wasiat

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 381Words
  • 315Views

Ramai yang sangka, untuk merancang pusaka cukup sekadar dengan membuat wasiat.

Malah ramai juga yang sangka, kos untuk pengurusan pusaka cukup sekadar kos wasiat.

Malah ada yang rasa sudah cukup apabila dapat wasiat percuma selepas melanggan unit trust dan dapat status gold.

Ada juga yang rasa gembira dapat wasiat percuma daripada bank apabila melanggan fasiliti bank.

Sebenarnya, ada kos yang lebih besar selepas membuat pusaka, iaitu CAJ PENGURUSAN HARTA PUSAKA.

Kos ini akan dikenakan KE ATAS HARTA PUSAKA si mati, melalui ahli waris.

Rujuk keratan akhbar Mingguan Metro bertarikh hari ini, tahun lepas.

Jika jumlah harta si mati RM100,000, berikut ialah peringkat caj yang dikenakan:

  1. RM25,000 pertama dicaj 4% = RM1,000
  2. Baki RM75,000 dicaj 3% = RM2,250

TOTAL RM1,000 + RM2,250 = RM3,250.

Maknanya, jika harta pusaka RM100,000, caj pentadbiran yang dikenakan adalah RM3,250

Bayangkan jika harta RM200,000? RM500,000? RM1,000,000?

Sudah tentu caj ini lebih tinggi.

Ini hanya caj pentadbiran, tidak termasuk kos-kos lain seperti kos peguam, kos urusan ke mahkamah, kos urusan ke pejabat tanah dan lain-lain

Dalam kes di atas, wasiat perlu disahkan di Mahkamah Tinggi dan kos Mahkamah Tinggi paling kurang RM10,000 ke RM20,000!
Siapa yang akan tanggung semua kos ini selepas ketiadaan kita?

Waris-waris kita.

Dan ini juga antara sebab kenapa harta beku semakin lama semakin bertambah – Wasiat tidak bersepakat untuk mengeluarkan kos pengurusan harta pusaka.

Solusi – Pemilik harta membuat perancangan harta pusaka dari sekarang, ketika hidup.

Majoriti pemilik wasiat yang saya temui, tidak tahu akan hal ini. Mereka tidak tahu bahawa ada caj-caj lain yang akan dikenakan oleh syarikat amanah ke atas harta pusaka mereka.

Apabila dikira jumlahnya, mereka terkejut. Terkejut besar!

Sebab, majoriti mereka memiliki harta dalam bentuk harta tidak alih (hartanah) lebih besar berbanding harta alih / cair (seperti wang tunai, saham, unit amanah) – dan ia menyukarkan lagi pembayaran kos dan caj tersebut.

Contoh mudah, seorang bapa yang mempunyai wasiat dan mati meninggalkan rumah berharga RM500,000 dan wang tunai RM50,000 kepada waris.

Jika kes ini terjadi, kemungkinan besar wang tunai itu habis digunakan untuk membayar kos pentadbiran dan pengurusan pusaka harta si mati.

SOALAN: Jika anda sudah memiliki wasiat, adakah anda sudah dimaklumi perkara ini? Jika “Ya”, Alhamdulillah. Jika “Tidak”, semak wasiat anda segera.

SOLUSI: Rancang pusaka dari awal, bukan sekadar wasiat.

NOTA: Ramai yang tak perasan, bagi pemilik harta bawah RM2 Juta, tak perlukan pun wasiat sebenarnya.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Salam dari bumi Palestin. InsyaAllah gambar-gambar, video-video dan catatan-catatan lain…