fbpx

Perancangan Kewangan Boleh Bermula Dengan Perancangan Kematian

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 536Views

Kadang-kadang, perancangan kewangan boleh bermula dengan perancangan kematian.

Senaraikan segala aset dan hutang piutang yang kita miliki beserta tanggungan kita, kemudian buat senarai semak dan analisa berikut;-

1. Berapakah harta pusaka yang akan aku tinggalkan?

2. Berapa pula hutang piutang yang aku tinggalkan?

3. Cukupkah harta pusaka aku untuk membayar segala hutang piutang?

4. Polisi takaful yang aku ambil, cukupkah untuk membayar hutang piutang yang ada?

5. Berapa pula baki aset yang ada selepas ditolak hutang piutang?

6. Siapa yang akan menguruskan harta pusaka dan hutang piutang aku kelak?

7. Mampukah waris-waris aku nanti menguruskan pentadbiran harta pusaka itu kelak?

8. Adakah waris-waris aku dapat uruskan pembahagian pusaka nanti dengan baik?

9. Jika waris-warisku dapat uruskan dengan baik, alhamdulillah. Tapi bagaimana kalau berlaku kacau bilau?

10. Berapa pula kos untuk menguruskan harta pusaka aku nanti? Duit kos itu nanti, mampukah waris-warisku menyediakannya?

11. Bagaimana dengan pasanganku nanti? Adakah dia akan kahwin lain selepas ketiadaanku?

12. Bagaimana nasib anak-anakku sekiranya pasanganku kahwin lain nanti? Adakah nasih mereka terbela atau terabai?

13. Adik-beradikku yang menjadi warisku, adakah mereka akan menjaga kebajikan anak-anakku yang aku tinggalkan selepas menerima hak faridh dari harta pusakaku?

14. Wang dalam KWSP dan Tabung Haji, sudah aku letakkan penama? Adakah penama masih hidup?

15. Boleh tambah lagi senarai ini.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
“Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan”

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas membaca tulisan ini, baru saya faham kenapa isteri saya…