Perbalahan aliran agama di media sosial: Antara hujah dan fitnah
Jika baca posting mereka sahaja, kita akan nampak masing-masing mengeluarkan hujah dan dalil.
Ia ditulis dengan baik dan matang. Tapi apabila menjengah ke ruangan komen, maka kita akan geleng kepala melihat komen segelintir penyokong yang melampau batas.
Saya repost balik posting saya tempoh hari:
Sangat tak selesa melihat pertembungan terbuka aliran agama yg ada di Malaysia, sehingga tahap sampai saling mencaci
Saya mula terdedah pertembungan kedua-dua aliran ini ketika belajar di UIAM.
Di sana memang terbuka, dan pertembungan berlaku dengan penuh hujah dan matang, sementelah ia berlaku di kalangan penuntut ilmu.
Dahulu kami di UIAM sampai bertegang urut berselisih isu-isu ini, dan saya tidak terkecuali.
Saya ikuti kedua-duanya dan dapat banyak ilmu dan manfaat. Kami belajar tentang betapa pentingnya dalil dalam setiap amalan. Kami juga dapat membezakan manakah amalan yang selari dengan sunnah atau tidak, dan seumpamanya.
Malah kami juga dapati perselisihan-perselisihan yang timbul adalah berasal dari kaedah metodologi pentafsiran berbeza terhadap sumber utama Islam iaitu Quran dan Hadith. Akhir sekali masing-masing berlapang dada dengan hujah dan pilihan masing-masing.
Tapi kini berbeza sekali apabila ia berlaku secara terbuka di media sosial, sama buruknya dengan perbalahan kumpulan pentaksud politik.
Kadang posting agamawan ilmuwan yang lontarkan isu sudah terang dan jelas, tapi apabila menjengah di ruangan komen netizen boleh heret ke isu-isu di luar konteks.
Besar harapan saya sekiranya lebih ramai ilmuwan agamawan yang memimpin jalan tengah untuk mendamaikan.
P/S: Sebelum ini saya pernah terjumpa satu video seorang agamawan yang pro salaf yang menasihati supaya berlapang dada dengan isu-isu khilafiah selagi mana tidak mengganggu aqidah, tak tak jumpa pula cari. Siapa jumpa, tolong share.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran