fbpx

Perbandingan

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 313Words
  • 310Views

1

Gambar pertama adalah satu prinshoot sebuah video (tapi sudah dibuang) oleh ejen kompeni takaful B.

Ia dibuat untuk membuat perbandingan medical card kompeni A dan kompeni B?

2

Manakala gambar kedua adalah infografik untuk membalas video pertama yang dikatakan tidak adil.

Menariknya, grafik kedua pula dibuat oleh ejen H – bekas ejen A dan ejen B.

Dari sudut bisnes, ia akan menimbulkan sentimen sesama ejen dan persaingan tidak sihat.

Saya mengambil positif kedua-dua video dan grafik di atas. Saya memang plan nak share dan komen video pertama, tapi malangnya sudah dibuang.

Namun dari sudut pengguna, ia sesuatu yang bagus kerana kita boleh buat penilaian.

Selaku pengguna, saya suka apabila pasaraya besar bersaing dengan cara tunjukkan kelebihan masing-masing dan kelemahan pesaing. Pengguna bijak boleh membuat penilaian dengan fakta.

Sama juga dalam bidang telko, selaku pengguna saya suka apabila ada syarikat-syarikat telko bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Begitu juga dengan persaingan antara smartphone-smartphone, selaku pengguna saya sukakannya.

Berbalik kepada isu perbandingan medical card, ejen-ejen yang terkesan, tidak perlu melatah sama ada dari kompeni A atau kompeni B. Ia lumrah dalam persaingan bisnes sebegini.

Paling penting penilaian dan perbandingan dengan fakta, bukan auta.

Bukan bandingkan. “Syarikat aku paling patuh syariah”, atau “syarikat aku no 1, jadi tak perlu bandingkan dah”, atau “medical card 3rd party macam insurans kereta 3rd party”.

Harap-harap ada lagi perbandingan dengan fakta sebegini.

Cuma pemilihan medical card ini bukan macam pasaraya, telko atau smarphone. Kalau ada bajet lebih, boleh ambil lebih dari 1 medical card agar.

IKLAN SIKIT:

Kami di INFAQ Consultancy fokus kepada perancangan kewangan yang bukan sekadar medical card. Apabila masuk topik takaful, kami akan fokus kepada “blue ocean” yakni INCOME PROTECTION.

Ya, ramai ejen yang guna istilah sama tapi apabila masuk bab presentation, fail.

Nak cuba?

Tuan panggil ejen lain untuk ceritakan tentang INCOME PROTECTION dan kemudian panggil konsultan kami pula untuk explain perkara sama.

Kalau nak join sebagai ejen pun dialu-alukan 🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengakuan salah seorang mangsa skim sontot APUM. "mula2 kwn bwk…