Teruskan Belajar Dan Perbaiki Diri

Dipetik dari FB ESz Sabri

 

Susah ke kerja ni tuan?

Antara soalan yang selalu saya dapat bila ada orang datang jumpa saya. Dengan maksud nak join saya. Ikut kerja saya.

Apa yang saya buat ni sebenarnya bukan bidang saya pun. Apa yang saya belajar dulu bukan lah bidang kewangan.

Tetapi saya sedikit demi sedikit di lorong kan ke arah bidang ini. Tanpa meninggalkan bidang sebenar saya. Apa bidang sebenar saya? Yang tahu tu tahu lah. Yang tak tahu tu tak pa. Tak penting pun.

Tapi dalam bidang kewangan ni dia ada banyak pecahan. Alah.. macam kita pergi sekolah jugak. Masuk kelas ada banyak subjek. Dalam satu subjek ada banyak topik. Satu topik ada banyak kemahiran. Satu kemahiran ada banyak kaedah. Giteww.

So saya belajar satu persatu! Kalau korang belajar serentak memang susah. Serabut. And benda ni crita pasal duit. So memang tak boleh silap. Kalau silap kena ambik masa lama untuk baiki kesilapan.

Belajar step by step. Belajar teori dan praktikal terus. Dah pandai baru masuk bab lain. Begitulah lebih kurang.

So unit trust ni sebenarnya salah satu dari cabang ilmu kewangan. Saya banyak belajar dari team #infaq consultantcy. Di bawah kendalian tuan Afyan Mat Rawi selaku founder.

Pendekatan yang kami gunakan mungkin berbeza. Kami lebih kepada advisor approaches. Membimbing. Memberi ilmu ilmu kewangan sebagai nilai tambah. Dan tidak sekali kali berorentasikan mengejar sales semata mata.

Memang sebagai consultant kami perlu kan sale untuk sustain. Tetapi yang jauh lebih penting ialah kepuasan pelanggan. Dari situ datang nya keberkatan sale kami. Bunyi macam imam muda pulak

Pesanan saya untuk rakan yang ingin terjun ke bidang ini senang saja. Teruskan belajar dan memperbaiki diri. Jangan pernah berasa pandai dan sudah hebat. Semoga success selalu

Walaupun dah banyak kali dapat top archiever tapi nak share pic jugak. Bukan untuk diri sendiri. Untuk bukti kepada yang support selama ni.

Sabri Amin
Terus belajar

Terima kasih atas sokongan

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com