Perbankan Islam: Kritikan vs fitnah, di mana garis pemisah?
Ramai pula bangsa anti bank Islam guna hujah Sdra Junaid Wahed Investment ini untuk menegakkan hujah bahawa perbankan Islam riba.
Sepanjang saya tonton video tersebut, beliau tak ada pun mengatakan perbankan Islam haram dan ulama menghalalkan riba melalui perbankan Islam.
Memang dia kritik sistem yang ada dalam perbankan Islam tapi tidaklah sampai mengharamkan perbankan Islam sebagaimana bangsa anti bank Islam selalu kata.
Sdra Junaid mengatakan bahawa perbankan Islam oxymoron kerana aktiviti memberi hutang tidak boleh diislamkan. Boleh cari video penuh beliau di YouTube.
Bagi saya ok ok sahaja kritkan tersebut. Saya pun pernah terlibat dalam diskusi seumpama itu dan ia berjalan dlm keadaan matang dan harmoni.
Jauh sekali dengan hujah bangsa anti bank Islam yang menolak terus perbankan Islam dan mengatakan ia ada riba dan haram.
Lebih pelik lagi daripada kalangan geng forex tapi jadi bangsa anti bank Islam, sebab nak haruskan forex trading.
Dan lagi-lagi pelik, ada daripada kalangan mereka memang bersungguh-sungguh nak menjatuhkan bank Islam dan menggunakan perbankan konvensional yang tiada khilaf ia haram.
Alasan mereka, lebih bank konvensional yang confirm riba berbanding riba bank Islam yang berselindung di sebalik label Islam.
Alhamdulillah, Sdra Junaid menghormati pandangan daripada alim ulama kerana dan yakin mereka berijtihad dengan segala ilmu berdasarkan Quran dan Hadith. Tidak seperti bangsa anti bank Islam, yang berhujah tanpa landasan ilmu, dan menuduh alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Perbankan Islam tidak sempurna. Sebagai makhluk, perbankan Islam ada banyak kelemahan dan sentiasa ada ruang tambah baik. Dan kita sebagai Muslim, wajib menyokong perbankan Islam yang patuh syariah sebagai alternatif bank konvensional.
Tidak setuju? Tiada masalah. Nak kritik? Tiada masalah.
Yang jadi masalah ialah mengfitnah industri bank Islam. Mengfitnah para alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Jika ada model kewangan Islam yang lebih baik daripada perbankan Islam, tubuhkan sebagai alternatif kepada bank Islam hari ini.
Tak semestinya tubuh bank. Boleh tubuh atas nama koperasi yang tidak sekomplikated bank.
Saya yakin jika koperasi yang ditubuhkan oleh bangsa bank Islam menawarkan pinjaman qardhul hasan tanpa riba, saya yakin berpusu-pusu umat Islam meninggalkan bank Islam dan memberi sokongan kepada koperasi berkenaan.
Saya akan jadi pelanggan pertama, nak pinjam 1 juta dan bayar balik 1 juta dalam masa 30 tahun dan hari-hari saya promote kepada para followers. Ini janji saya sebagai tanda tanda sokongan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran