Perbezaan orang kaya dan orang acah-acah kaya: Kisah jutawan palsu dengan hutang besar
Komen daripada Tuan Muhamad Qalif dalam posting saya, komen seorang followers berkenaan ex boss yang Hanya pakai Kelisa tapi duduk rumah 3 tingkat siap liff dan kolam renang:
“Tahun 2009 saya ada jual Nissan Sylphy pada customer, gaji pokok saja RM 60,000.00. Masa customer serahkan surat pengesahan jawatan saya terus cakap “Puan.. Salah masuk showroom ni”
Terus customer cakap “Nak tengok slip 16 bulan bonus pulak ke?”
Saya cakap “Ini punya gaji patut masuk BMW ke Merc..”
Customer cakap “Ooo.. Saya kereta ni cukup yang tak banyak ragam sudahlah, macam Nissan Sentra saya ni”
Saya sembang punya sembang, rupanya dia fokus kumpul aset hartanah, kalau tak silap customer ni ada berbelas rumah kondo dan teres. “
Inilah dia beza antara orang kaya dengan orang acah-acah kaya.
Orang kaya beli aset, bukan beli liabiliti.
Manakala orang yang acah-acah kaya beli kereta mewah (malah ada yang sanggup sewa) sebab nak tunjukkan kepada orang lain bahawa dia orang kaya.
Topik ini sebenarnya dikupas dalam buku terbaru Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE
Ada satu bab bertajuk, Kisah-kisah Jutawan dan Jutawan Palsu.
Ada 4 kategori golongan jutawan palsu.
Golongan pertama, adalah daripada golongan yang bergaji besar, memiliki kereta besar dan rumah besar dan dalam masa sama hutang juga besaaaaar!
Rujuk 2 gambar di bawah, kandungan daripada buku berkenaan.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran