fbpx

Separuh Warga Kota Miskin

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 189Words
  • 301Views

Keratan akhbar 6 tahun lepas, tahun 2013.

Keluar dalam memories on this day FB. Masih releven.

Sebagai seorang perunding kewangan, berdasarkan pengalaman saya hidup lebih 20 tahun di Lembah Klang, pendapatan isi rumah RM3,000 masih dikira “miskin bandar” untuk sebuah keluarga dengan suami isteri yang menanggung dua orang anak.

RM3000 tadi hanya mencukupi untuk perbelanjaan asas seperti sewa rumah, makan minum, pakai, kereta, petrol, perbelanjaan anak-anak, bil eletrik, bil telefon, bil air.

Ia sangat terhad untuk membuat simpanan masa depan seperti simpanan haji, simpanan pendidikan, simpanan persaraan apatah lagi untuk menyediakan dana kecemasan dan takaful.

Ia belum termasuk pula dengan perancangan tahunan seperti bercuti, menyambut hari raya, cukai kenderaan, cukai rumah dan lain-lain lagi perbelanjaan tahunan.

Lebih malang lagi, walaupun mereka dikira “miskin bandar”, mereka tidak layak untuk menerima zakat malah lebih teruk lagi mungkin akan dikenakan cukai.

Jadi, tidak hairanlah kalau golongan ini adalah golongan yang mempunyai banyak hutang malah terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos kehidupan seharian.
Jadi, apa pilihan yang kita ada?

Ubah kerajaan dah buat, tapi kehidupan masih tidak berubah.

Maknanya, yang kena ubah ialah diri sendiri, bukan pihak lain.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari sumber FB Norajian Kamarudin  Ada dua kategori hutang. Iaitu…