fbpx

Perbezaan Pelaburan dengan Perniagaan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 292Words
  • 556Views

Tidak dapat membezakan antara PERNIAGAAN dengan PELABURAN, menyebabkan ramai yang tersontot.

Sama ada tersontot disebabkan terjebak scam atau tersontot disebabkan salah melabur.

Perbezaan di antara PERNIAGAAN dan PELABURAN.

PERNIAGAAN = Pendapatan secara aktif.
PELABURAN = Pendapatan secara pasif.

Contoh:
Beli saham hari ini, dengan jangkaan dapat jual balik pada waktu petang dgn beroleh keuntungan = PERNIAGAAN. Lebih tepat ia aktiviti TRADING.

Beli saham hari ini, dan tunggu beberapa bulan / tahun untuk mendapat keuntungan. Dalam tempoh itu, perlu monitor sekali sekala = PELABURAN.

Contoh 2:
Jadi ejen hartanah. Promote hartanah dan dapat untung apabila ada pembeli = PERNIAGAAN.

Beli rumah dan sewakan. Dapat untung apabila kadar sewa lebih tinggi daripada installment = PELABURAN.

Contoh 3:
Bangun pagi, pergi pasar beli beras, lada, kacang, timun dan segala bagai dan masak nasi lemak dan kemudian buka meja, pasang payung dan jual nasi lemak = PERNIAGAAN.

Bagi duit kpd Mak Cik Kiah untuk nasi lemak sebagai modal untuk dia berniaga nasi lemak. Apabila dapat untung, kita pun dapat keuntungan = PELABURAN.

Contoh 5:
Beli durian dari petani, dan jual di pasar = PERNIAGAAN.

Tanam benih durian, tunggu beberapa tahun untuk dapat buah durian sebelum dijual kepada peraih = PELABURAN.

KESIMPULANNYA:

1. Kegagalan membezakan antara perniagaan dengan pelaburan, boleh menyebabkan orang terjerumus dalam scam apabila terpengaruh dengan iklan:

“Rugi labur dekat ASB, bagi untung 5% – 6% sahaja setahun. Orang berniaga nasi lemak pun boleh untung 100% – 200% sehari! Jom sertai pelaburan Kopi Pak Belalang”.

2. Kegagalan membezakan antara perniagaan dengan pelaburan juga menyebabkan orang tersilap buat perhitungan menyertai instrumen pelaburan untuk membuat untung segera.

“Kau letak duit kat ASB, dapat duit 5% – 6% setahun. Kalau labur dalam saham, boleh dapat 10% ke 100% sehari, malah lebih!”

Untuk perkara No 2, ia bukan scam tapi salah faham. Bukan Salah yang salah faham, tapi kita yang salah faham. Salah dah memang faham.

Faham?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang…