Perbezaan Pembayaran Hutang Rumah
Dipetik dari FB Razzaq Ajaq
Kena Bayar Balik Sekaligus Semua Baki Hutang Rumah?
Ini antara soalan yang saya terima tentang pembiayaan rumah :
1. Kalau kita berhenti kerja ‘gormen’ hutang pinjaman LPPSA kita macam mana?
Kena selesaikan baki hutang LPPSA sekaligus. Dah tak boleh bayar bulan-bulan sebab dah langgar perjanjian.
Pilihan lain boleh refinance pinjaman ke bank sebelum berhenti.
2. Kalau kita bersara pilihan, iaitu bersara awal pula macam mana?
Boleh teruskan bayar macam biasa. Tak langgar perjanjian. Boleh bayar secara online.
Tapi kena ingat bersara pilihan, pencen cuma dibayar selepas umur 45, 50 atau 55. Bergantung tarikh lantikan kita.
Kalau bersara awal dan masih ada hutang pastikan ada pendapatan untuk bayar hutang-hutang yang ada.
Dan ni antara sebab kita kena rancang seawal yang boleh untuk persaraan kita. Terutama yang makan gaji.
‘Alar, aku muda lagi. Baru kerja setahun takkan nak fikir pasal pencen dah.’
Kawan-kawan, baru kerja setahun memang begitu, masih semangat. Tunggu nanti dah kerja 10 tahun dengan rutin yang sama.
Waktu tu baru pagi isnin, tapi dah kira berapa hari lagi nak sampai hari jumaat. 😝
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran