fbpx

Kenapa Fadzil Hashim interframe dalam isu tuduhan PPIM terhadap perbankan Islam?

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 224Words
  • 177Views

Sedari awal, saya langsung tak sebut nama / tag / mention Sdra Fadzil Hashim apabila membalas dakwaan dan tuduhan oleh PPIM bahawa PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM, TIDAK PATUH SYARIAH DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA SELAMA 40 TAHUN.

Dalam posting dan video itu saya sentuh la projek NORIBA di bawah Koperasi PPIM iaitu KOPPIM.

Lepas tu beliau respon mewakili PPIM explain pasal projek tu. Lepas tu barulah saya tahu rupanya semua projek itu termasuk Malakat Mall, Raudhah City – semua under beliau.

Bagi saya, ia isu picisan dan kalau jawab pun ia tidak memberi penjelasan isu utama tuduhan fitnah PPIM terhadap perbankan Islam.

Juga saya kira kalau nak jawab isu tu, beliau boleh sahaja buka sesi live dan jawab soalan netizen

Boleh juga bentangkan laporan audit kewangan semua projek berkenaan.

Namun itu semua tidak membantu pun isu utama tentang tuduhan tadi.

Beliau bertindak seolah-olah wakil PPIM, malah video beliau pun disiarkan di Page PPIM.

Tapi beliau tak tahu ke selama ini PPIM dakwa perbankan Islam riba, haram, tak patuh syariah, menipu Allah dan sebagainya?

Jadi, apa kapasiti beliau dalam PPIM sebenarnya kalau pendirian PPIM pasal perbankan Islam pun tak tahu?

Pineng kalau hari-hari macam ni….

Artikel berkaitan :

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau wakil bank / penasihat syariah bank yang tampil ke…