fbpx

Perbincangan pakar syariah kewangan: Adakah emas leverage akan meletup?

  • 1 week ago
  • 3Minutes
  • 515Words
  • 17Views

Saya tak pasti kebetulan atau suratan, beberapa tokoh penasihat syariah kewangan Islam di Malaysia menulis berkenaan emas beberapa hari ini.

Adakah sesuatu bakal meletup dalam masa terdekat?

Wallahua’lam.

1. Posting bergambar Dr Sufyan Che Abdullah, berbincang dengan beberapa penasihat syariah lain berhubung hukum transaksi pelaburan emas. Kelihatan Prof Ashraf Md Hashim, CEO Isra Consulting yang pernah menjadi konsultan syariah QM turut serta.

2. Di Page Muamalat.my, Dr Sufyan menulis

“Kalau dah ada penasihat Syariah. Setiap ahli perlu jelas dengan kontrak. Perlu ada semakan berkala.

Kena bagi penjelasan kepada agen tentang akad yang jelas… Kalau ansuran guna akad apa.. Kalau penalti guna justifikasi apa..? Kalau jadi delay bayaran lepas jualan apa justifikasi syariah? Kalau duit masuk ke akaun float, betul ke duit itu ada atau sekadar nombor? Semua tu kena ada semakan setiap perjalanan duit.

Tak mudah sebenarnya nak claim patuh Syariah.”

3. Terdahulu, Dr Abdul Rahman A Shukor menulis:

“Baru-baru ada seorang kawan saya bertanya tentang QM. Saya jawab:

“Not recommended”

Ini pendapat saya berdasarkan analisa saya tentang QM.

Perlu diingatkan saya tidak kata QM adalah pelaburan scam.

Ada info yang saya boleh kongsi dengan masyarakat umum dan ada info sensitif yang tidak boleh dikongsikan kerana melibatkan pihak yang lebih tinggi dalam negara.

Nasihat saya carilah bentuk pelaburan yang kurang red flag dan cerita-cerita belakang.

Apabila banyak isu pasal pelaburan emas. Kita back to basic.

Kita beli emas fizikal secara tunai dan jual semasa harganya naik”

4. Yang terkini, Dr Aznan Hasan menulis panjang lebar. Saya petik sedikit:

“Sepertimana nasihat saya hari tu, Berhati-hati apabila melabur di dalam gold based investment. Pastikan emas tersebut wujud dan berlaku delivery seperti yang diwajibkan oleh Syarak. Oleh kerana itu, yang terbaik adalah mengelakkan melabur di dalam emas yang berbentuk leverage. Sekadar analisa ringkas saya, amat sukar untuk mencari pelaburan emas leverage yang bertepatan dengan syarak. Saya tak kata semua tak patuh Syariah, tapi amat sukar utk dapat.

Saya sendiri pernah ‘dilawati’ oleh beberapa syarikat. Ada yang menawarkan bayaran yang lumayan utk menjadi penasihat syariah mereka. Setelah mendengar bagaimana mereka beroperasi, saya secara terus terang katanya bahawa apa yang mereka buat tidak patuh syariah. Saya menyatakan kalau diberikan kepada saya seluruh dunia sekali pun, saya tak akan kata bertepatan dengan syarak. Sekali lagi, saya nasihat kan tuan2 agar cuba lah elakkan melabur emas secara leverage.

Di samping ia amat berisiko, kepatuhan syarak juga mungkin boleh dipertikaikan. Kalau he dak melabur dalam emas, beli lah secara one to one dan patuh Syariah. Ada banyak syarikat yang menawarkan emas secara one to one sebegini. Nak sebut tak bolehlah, nanti macam bagi promotion percuma pulak.”

Untuk tulisan penuh, boleh rujuk FB mereka.

IKLAN:

Sejak beberapa bulan lepas saya join bisnes emas.

  • Tak perlu beli stok emas
  • Tak perlu simpan stok emas
  • Tak ada maintainance
  • Tak perlu buka kedai & sewa pejabat
  • Pendaftaran PERCUMA
  • Pakai sistem affiliate
  • Boleh dijalankan secara online 100%
  • Boleh dijalankan secara part time
  • Ajak orang daftar dan beli emas secara online.
  • Syarikat yang dimiliki oleh Dr Daud Bakar.

Meh beli emas, dapat emas dan berniaga.

Detail dan pendaftaran PERCUMA di sini
Kalau nak daftar terus klik di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapakah jumlah simpanan bulanan yang patut anda lakukan untuk mengumpul…