fbpx

Cadangan penambahbaikan industri kewangan Islam: Pengasingan total marketing dan branding perbankan Islam dan takaful dengan perbankan konvensional dan insurans konvensional

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 201Words
  • 728Views

Dr UZAR yg dihormati,

Suka saya ulang cadangan dahulu, penambah baikan industri takaful dan perbankan Islam.

Cadangan saya, agar bank Islam dan syarikat takaful yg masih di bawah group dan nama yang sama di asingkan sama sekali.

Praktis sekarang, bank ABC konvensional dan ABC Islamic Bank atau XYZ Insurans & XYZ Takaful: berkongsi nama yang sama, sistem yg sama, fasiliti yg sama, malah ejen dan staf yang sama.

Setiap syarikat perlu diberi pilihan hanya jalankan salah satu sahaja supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Contohnya yg berlaku sekarang, apabila timbul isu di atas, ramai yang masih terkeliru disebabkan nama yang sama.

Di peringkat pematuhan syariah dan produk tak timbul isu. Tapi timbul isu besar di peringkat pemasaran ejen-ejen dan para staf memasarkan produk Islamic dan konvensional serentak.

Cadangan saya, agar BNM hanya benarkan satu lesen sahaja. Pilih sama ada yg patuh syariah atau konvensional.

Dual-license yang dipraktikkan di Malaysia hari ini banyak menimbulkan kekeliruan.

Ia takkan berlaku di kompeni takaful dan bank Islam yang tidak ada anak syarikat konvensional dalam group yang sama sehingga menimbulkan kekeliruan.

Posting asal di sini dan di sini

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended