Perkara Baik Kita Sokong Biarpun Daripada Musuh
Khamis lepas saya menulis satu posting yg memuji Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad di atas prestasinya berbanding menteri-menteri lain di Malaysia.
Posting yang viral dan mendapat lebih 2k like itu juga menerima tempias negatif walaupun ditulis dengan positif sekali.
Berdasarkan komen, saya perasan ada segelintir yang tak berpuas hati apabila saya membuat posting yang memuji kerajaan PH.
Lebih-lebih lagi di akhir posting saya ada menulis;
“Jika sellllurrrruuuh menteri Kerajaan Malaysia Baru dapat contohi Dr Dzul dengan 3 cara kerja di atas, parti pembangkang PAS mahupun BN pasti sukar untuk menawan Putrajaya pada PRU akan datang”
Rakan-rakan,
Prinsip saya mudah.
Perkara baik, kita sokong biarpun daripada musuh.
Perkara buruk, kita lawan biarpun daripada kawan.
Andainya pemerintahan PH membawa kebaikan ke arah Malaysia yang sejahtera dan membangunkan syariat Islam, saya doakan ia berkekalan.
Andai pemerintahan PH membawa lebih banyak keburukan, mengabaikan pembangunan syariat Islam, saya doakan ia akan diganti dengan lebih baik pada PRU akan datang.
Rakan-rakan,
Saya bukan penulis cari makan.
Kalau penulis cari makan, hari-hari posting membodek. Sehari sebelum posting itu, saya menulis warkah terbuka kepada menteri lain yang mengandungi kritikan pedas terhadap beliau.
Saya juga tak cari makan dengan politik.
Parti adalah alat, bukan matlamat.
Taksub politik takkan ke mana.
Afyan Mat Rawi
Menulis bukan kerna nama.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran