fbpx

Perkembangan Kes Norsham, Alfafa vs Afyan – Throwback

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 384Words
  • 466Views

Ini posting saya setahun lalu, ia genap setahun hari ini.

Rujuk https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10206899502636796

1 2 3

Setahun yang lalu, Norsham pernah mengugut untuk memulakan saman fitnah terhadap saya lalu diupload ke FB draf surat saman beserta quotation daripada peguam mereka.

Selepas surat ini dikeluarkan dan peguam saya membalasnya, langsung mereka tidak membuat sebarang balasan.

Selepas hampir setahun, kira-kira dua-tiga minggu lalu, datang pula surat saman yang baru.

Kali ini bukan saman fitnah, tapi saman untuk membuat tuntutan siapa yang mendedahkan maklumat kepada saya.

Langsung tidak timbul isu fitnah.

Jika diikutkan, supaya tidak memanjangkan kes saya hanya perlu dedahkan sahaja siapa yang mendedahkan maklumat tersebut.

Dengan cara itu, tiada masa yang dibazirkan dan tiada wang ringgit yang perlu dibuang.

Ya, dalam tempoh seminggu dua ini banyak masa dihabiskan untuk berjumpa peguam, naik turun mahkamah dan ia bukan percuma dan masa saya pula sangat berharga.

Berdasarkan fakta kes, saya tidak bercadang untuk menarik diri biarpun kos guaman jika dibelanjakan boleh membeli hampir sebiji Bezza.

Mengikut peguam, jika menang kes dan sekiranya saya bercadang untuk membuat saman balas kepada pihak Alfafa dan Norsham, akan ada kos lain pula.

Sekatat ini saya belum memikirkannya, dan fokus kepada kes ini yang akan diketahui keputusannya bulan September nanti.

Terima kasih buat rakan yang sentiasa menyokong dan bertanya khabar kes ini.

Dalam seminggu lebih ini, saya agak kurang kongsikan perkembangan kes ini kerana beberapa kekangan masa dan tenaga.

Dengan kos yang memakan angka 5 digit yang dihabiskan sepanjang perbicaraan kes ini bulan ini, moga-moga ia menjadi satu kes teladan untuk para penyokong kebenaran di luar sana.

Mungkin bagi Alfafa kos ini kecil sahaja kerana ia tidak sampai pun sebiji banglo murah mereka, namun pada saya ia satu jumlah yang besar jika ia dibazirkan begitu sahaja untuk kes yang tidak ada asas ini.

Jika mereka kalah, kos mereka bersamaan dengan seorang pembeli banglo Alfafa tapi jika saya yang kalah ia merupakan nasib malang bagi penentang-penentang scammer di luar sana.

Justeru saya mengharapkan kemenangan kes ini berpihak kepada saya sekaligus ia adalah kemenangan buat seluruh pejuang kebenaran.

Tidak berbaloi puluhan ribu dihabiskan jika akhirnya sang scammer masih berleluasa.

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang dihulurkan rakan-rakan selama ini dan mudah-mudahan saya istiqamah dan memenangi kes ini.

Hanya ALLAH yang membalas jasa kalian.

Istiqamah hingga kemenangan!

Lawan tetap lawan, sampai menang!

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Travelog Financial Fighter 2016 Sepanjang karier saya sebagai perunding dalam…