fbpx

Persediaan kewangan awal tahun 2024: Cuti sekolah, awal persekolahan, puasa dan raya!

  • 1 week ago
  • 4Minutes
  • 641Words
  • 20Views

Anda perasan tak, permulaan suku pertama dan kedua tahun 2024 ini nanti akan ada bulan yang memerlukan anda mengeluarkan kos perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding bulan biasa?

Dan yang seronoknya kalau anda baca sampai habis, sebenarnya tak semua bulan kita perlu pun libatkan diri. Hujung bacaan yang panjang ini nanti anda mesti setuju.

Semua ini bermula pada 10 Februari 2024 nanti iaitu cuti persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Kesan kewangan akan mula terasa sebelum sesi cuti persekolahan itu bermula.

“Yeke? Apakah yang bakal berlaku?”

Tak ada apa. Benda ‘biasa’ juga yang akan berlaku contohnya jamuan akhir tahun, kutipan sumbangan akhir tahun dan sambutan hari kecemerlangan.

Saya tak kata pun salah, tapi sekurang-kurangnya kita perlu bersedia sebab semua ini perlukan kos tuan-puan.

Bayangkan anak kita terima penghargaan dan pihak sekolah anjurkan majlis tersebut di sebuah hotel. Anak kita tak tahu apa. Yang mereka tahu, mereka nak sangat hadiri majlis tersebut.

Kalau seorang anak, mungkin boleh usahakan. Kalau sampai dua tiga orang dalam satu masa, tinggi juga kosnya kan?

Dan selepas itu cuti persekolahan pun bermula. Waktu inilah kita nak bagi reward pada anak-anak. Nak bawa bercuti, nak balik kampung. Semua benda kita nak buat.

Salah? Tak salah.

Soalnya bersedia atau pun tidak? Kalau bersedia, teruskan. Kalau tak bersedia, lebih baik jangan.

Bulan berikutnya, 11 Mac 2024 bermulanya sesi persekolahan baru. Sebelum sesi baru bermula sudah semestinya perlu bayar yuran persekolahan baru, alat tulis, pembelian buku dan macam-macam kos lagilah.

Kalau nak senaraikan ni, memang semput!

Sehari lepas tu terus berjumpa bulan yang paling kita tunggu iaitu Bulan Ramadan Al Mubarak.

Bulan yang Allah janjikan keberkatan dan penuh barokah. Bulan yang sepatutnya kita berjimat-cermat, tapi seringkali menjadi bulan kita membazir makanan dan boros berbelanja.

Dulu pernah ada yang gelarkan bulan Ramadan ni bulan ‘pesta makanan’. Sana sini bazar ramadan dan promosi buffet hotel. Ada yang sanggup berpanas demi makanan viral dan macam-macam lagi ragam lain.

Allahuakhbar. Kalau teringat memang sedih.

Jadi, boleh ke kalau kita berjumpa lagi Ramadan, kita tukar mindset. Makan apa yang ada dan berlumba-lumba untuk buat kebaikan. Barulah boleh jadi muslim sejati.

Bulan depannya, kita jumpa pula Hari Raya Aidilfitri. Nak tak nak, memang kena sediakan sedikit peruntukan. Nak beli baju baju, kuih-muih, duit belanja untuk ayah ibu di kampung dan paling penting kos untuk balik kampung.

Nak balik kampung, wajib servis kereta. Kalau waktu tu kena bayar cukai jalan, kena fikir lagi kos cukai jalan dan takaful. Kalau kena tukar tayar, wajib tukar tayar sebab kita tak nak hari raya nanti jadi hari paling tak menyeronokkan.

Keselamatan memang patut diutamakan. Hal ini jangan buat main.

Ini tak masuk lagi kos untuk petrol, tol dan yang paling penting peruntukan duit raya untuk anak sendiri dan anak buah. Fuh, berpeluh juga tuan-puan!

Nak harap bantuan kerajaan, kita ni kerja sendiri. Jadi nak tak nak, kena bersedia daripada sekarang.

Susun apa yang bakal berlaku dan ketepikan semua perkara yang tak perlu. Jangan lupa, sepanjang Syawal nanti penuh dengan jemputan rumah terbuka.

Kos akan jadi lebih tinggi kalau kita yang jadi tuan rumah untuk rumah terbuka. Takkan nak jemput sanak saudara sahaja. Mestilah kena jemput semua yang pernah kita jumpa.

Barulah raya!

Itu baru habis sampai raya. Hujung bulan Mei dah mula cuti persekolahan lagi dan pada 17 Jun 2024 nanti, kita bakal jumpa Hari Raya Aidiladha pula.

Memang seronok nikmat yang Allah beri seperti cuti dan hari perayaan ini.

Tapi takkan kita tak serik lagi?

Sebenarnya hari ini masih ada kesempatan untuk kita perbaiki dan susun kewangan diri. Tak semua bulan kita perlu rai dan tak berdosa pun kalau kita raikan sesuatu itu atas sekadar keperluan.

Lagi malu sampai perlu berhutang dan bergadai, semata-mata nak tayang kemewahan pada badan.

Akhirnya kita masih berada dalam ‘circle’ #NerakaWang

Siapa yang salah?

Sudah tentu bukan diri kita sendiri sebab seronok sangat acah-acah jadi suci, tapi sebenarnya masih tak sedar diri.

Jangan kata Afyan tak tegur.

3 Januari 2024

Gombak, Wakanda.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menarik prestasi dana unit trust baru ini. Unit trust pertama…