Sebelum Memulakan Pelaburan Pertama

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:609Views

1. Pastikan CASHFLOW positif. Lebihkan bahagian SURPLUS.

2. Minima SURPLUS sebaiknya 30%. Kenapa 30%? Ia untuk:-

a. 10% utk SIMPANAN
b. 10% utk PERLINDUNGAN
c. 10% utk PELABURAN

3. Untuk permulaan, 20% peruntukkan SIMPANAN DAN PELABURAN digabungkan sekali menjadi 20% SIMPANAN.

4. Peruntukkan 10% utk PERLINDUNGAN, fokus kpd INCOME PROTECTION, (menyamai 10 tahun gaji) dan MEDICAL CARD.

5. Kenapa perlu INCOME PROTECTION dan MEDICAL CARD? Supaya, INCOME, aset SIMPANAN dan PELABURAN tidak terjejas jika berlaku musibah (3D – Death, Disabled dan Disease).

6. Sambungan dari no 4, lakukan SIMPANAN sehingga sehingga dapat mengumpulkan 3 BULAN INCOME. Gunakan Tabung Haji sbg instrumen dgn pulangan 6% setahun, maka ia memakan masa kira-kira 30 bulan utk mengumpulkan sasaran 3 BULAN INCOME tadi.

7. Dalam tempoh 30 bulan atau 2 tahun setengah itu, mulakan PELABURAN ILMU. Beli buku, datang seminar dan berguru tentang pelaburan. Jika SIMPANAN sebanyak 30% INCOME, sasaran tersebut akan capai dlm masa tidak sampai 24 bulan atau kurang 2 tahun.

8. Kenapa perlu SIMPANAN 3 BULAN? Supaya kita tidak melabur dengan emosi. Dan ia sebagai RESERVE FUND utk situasi yg tidak dicover TAKAFUL, spt kereta rosak, paip bocor, duit hilang dll

9. Selepas tempoh 30 bulan tamat, teruskan peruntukkan 20% tadi untuk PELABURAN.

10. Boleh mulakan dgn PELABURAN TUNAI seperti SAHAM dan SAHAM AMANAH.

11. Modal + keuntungan daripada PELABURAN TUNAI dapat digunakan untuk PELABURAN HARTANAH.

12. Kenapa PELABURAN HARTANAH? Paling kurang, rumah dapat kita diami kelak. Tidak kisah rumah kecil, asalkan ia rumah, sama ada flat, apartment atau teres.

13. PELABURAN yg baik mempunyai ciri:

a. Passive INCOME, dan
b. CAPITAL appreciation.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Previous Post
Next Post
2 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
PRESERVATION Selain daripada faktor pulangan, antara faktor penting dalam pelaburan…