“Pesanan Terakhir” seorang pemilik takaful
Sebenarnya sejak beberapa bulan lepas, saya sedang mengusahakan satu dokumen yang saya namakan sebagai “Pesanan Terakhir”.

Dokumen ini saya bercadang untuk disarankan kepada para pelanggan takaful supaya disimpan bersama polisi takaful mereka. Ia belum dilaksanakan secara rasmi, tapi saya percaya ada nilainya dari sudut kemanusiaan dan emosi.
Secara teknikal, dokumen ini tidak mengikat dan tiada nilai undang-undang. Ia bukan wasiat rasmi, bukan juga dokumen perundangan.

Namun, tujuan utama dokumen ini adalah untuk menyatakan hasrat sebenar pelanggan ketika mereka melanggan polisi. Hasrat itu kemudian boleh dimaklumkan kepada ahli keluarga dan waris-waris.
Sekurang-kurangnya, apabila pelanggan meninggal dunia kelak, hasrat ini boleh dibacakan di hadapan waris sebagai rujukan moral dan panduan adab dalam menguruskan pampasan takaful tersebut.
Jika mahu lebih kuat dan sah, pesanan ini boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada dokumen wasiat rasmi pelanggan.
Dari sudut praktikal, saya sendiri belum pasti sejauh mana ia benar-benar akan memberi kesan kepada keputusan waris.
Tapi sebagai manusia biasa, saya percaya sedikit pesanan bertulis dari hati, mampu menyentuh hati insan lain.
Sejauh mana ia praktikal?
Sejauh mana ia memberi kesan kepada waris?
Adakah ia hanya sia-sia?
Gimana menurut kalian?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran